


Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) ditubuhkan pada tahun 2002 bagi menyokong penyelidikan tentang penilaian dan pemuliharaan warisan tabii (geologi dan biologi) serta warisan budaya, yang kemudiannya diterjemahkan kepada pembangunan geopelancongan yang mendatangkan faedah ekonomi kepada masyarakat setempat. Usaha ini diperkukuhkan lagi apabila Langkawi diisytiharkan sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) pada 1 Jun 2007, menjadikannya geopark yang pertama di Asia Tenggara.
Menyedari kepentingan sumber alam dan teknologi ini, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah memantapkan peranan PPL bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada pengajian dalam sains tabii dan sumber alam, malah untuk menyepadukan kajian dalam bidang pengurusan, sains sosial, warisan, dan pembangunan lestari. Ia juga bertujuan menjadi platform penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam tentang kepentingan ekosistem warisan alam serta langkah-langkah kawalan demi pemuliharaan alam sekitar.
PPL mempunyai pandangan dan objektif yang jelas untuk meletakkan penyelidikan berkaitan geowarisan dan biowarisan di UKM pada landasan yang betul, selaras dengan pembangunan negara dan status UKM sebagai universiti penyelidikan terkemuka. Objektif utama penubuhan PPL melibatkan bidang penyelidikan utama yang merangkumi kepelbagaian biologi, pemuliharaan geopark, pembangunan komuniti, dan kelestarian alam sekitar. Ia memainkan peranan menyeluruh dalam memenuhi keperluan tempatan dan global merangkumi bidang pemuliharaan, pendidikan, sosiobudaya, ekonomi, dan pelancongan lestari.
Kini, PPL merupakan salah sebuah makmal alami di bawah pengurusan baharu Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM). Melalui penstrukturan semula ini, ALAF-UKM berfungsi memantau, menyelaras, dan memperkasa aktiviti penyelidikan serta perkhidmatan bagi empat makmal alami dan dua makmal fizikal di UKM secara lebih strategik, terancang, dan berpusat.
Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL),
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Jalan Teluk Yu,
07000, Pulau Langkawi, Kedah
🌐 https://www.ukm.my/pplalaf/
Telefon: +604 959 1207/ 1248
Emel: ppl-alaf@ukm.edu.my
Ahad – Rabu
Sunday – Wednesday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Khamis
Thursday
08:00 – 15:30
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Langkawi