
SYABAS DAN TAHNIAH
Syabas dan Tahniah Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBrs. Dr. Shamsul Khamis atas pelantikan semula sebagai Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser



Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF) telah ditubuhkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1990 di atas tanah seluas 45 hektar kurniaan Kerajaan Negeri Pahang untuk menerokai penyelidikan di kawasan sensitif alam sekitar.
Terletak pada ketinggian 1002 meter dari paras laut berhampiran Air Terjun Jeriau, pusat ini dikelilingi oleh hutan pergunungan rendah yang merangkumi ekosistem riparian, lurah, dan permatang yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna unik. Kawasan ini menjadi makmal alami yang ideal bagi kajian komponen biotik dan abiotik tanah tinggi.
Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, PPBF memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran, kerja lapangan, dan ekopelancongan yang melibatkan pelajar prasiswazah serta pascasiswazah. Skop akademiknya merangkumi bidang bio-kejuruteraan, hidrologi, ekologi, biomimetik, dan teknologi nano, selain memfokuskan kepada penyebaran maklumat pemuliharaan alam sekitar kepada komuniti.
Sejajar dengan penyusunan semula struktur makmal UKM, PPBF kini dikoordinasi secara berpusat di bawah Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal (ALAF-UKM) bagi memantau dan menyelaraskan segala aktiviti penyelidikan serta pengurusan makmal secara bersepadu.

Syabas dan Tahniah Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBrs. Dr. Shamsul Khamis atas pelantikan semula sebagai Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

KURSUS PENGECAMAN SPESIES POKOK UTAMA DI LANGKAWI Adakah anda seorang pemandu pelancongan tempatan, aktivis alam sekitar atau pencinta alam yang ingin mengenali pokok-pokok utama yang

KURSUS PENGECAMAN POKOK SECARA INTENSIF DI BUKIT FRASER ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), dengan kerjasama strategik Jabatan Landskap Negara (JLN), akan menganjurkan Kursus

PANGGILAN KERTAS KERJA SKEBOT 2025 ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta Tourism Pahang, akan menganjurkan Simposium
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
🌐 https://www.ukm.my/fraser/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia
© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
© 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM