??????-??-??????
Pameran Ekosistem Marin dan Kepentingan Menjaga Kehidupan Laut di Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Batu Pahat, Johor.
Tarikh: 17 Februari 2025
Anjuran: SK Tengku Mariam dan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin EKOMAR – UKM
EKOMAR telah menerima jemputan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam untuk mengadakan Pameran Ekosistem Marin bersempena hari pertama persekolahan bagi sesi tahun 2025 yang bertempat di Tapak Perhimpunan SK Tengku Mariam, Batu Pahat, Johor.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran hidupan laut yang telah diawet, kolam sentuh (touch pool), pertandingan mewarna, teka silang kata dan soalan kuiz bagi menceriakan lagi suasana murid-murid di sekolah tersebut.
Selain itu, terdapat perkongsian ilmiah yang telah disampaikan oleh Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari ( Ketua Makmal EKOMAR) dan Dr. Suriyanti Su (Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin/EKOMAR) tentang kepentingan menjaga ekosistem marin untuk generasi akan datang. Perkongsian pengalaman juga turut disampaikan oleh Muhammad Adam Muhammad Rasib, pelajar ijazah kedoktoran dalam jurusan Sains Marin di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Di harapkan dengan jemputan ini dapat mengeratkan Lagi hubungan dan jaringan kerjasama antara EKOMAR dan SK Tengku Mariam, Batu Pahat.