????????? ?????? ??????, ????-??? ?? ??????? ????????? ?????? ???????: ??????????? ???????????? ??? ???????? ??????????

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) pada 6 Februari 2025 (Khamis) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perikanan Daerah Mersing. Delegasi ALAF-UKM disambut mesra oleh En. Muhammad Irfan Bin Ahmad Hanizar, Ketua Unit Taman Laut, Jabatan Perikanan Daerah Mersing.
 
Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Ketua Makmal EKOMAR, bersama Pn. Nur Amelia Abas, Penyelaras Makmal Alami dan Penyelidikan, Cik Asbiyatulaida Derahman, Pengurus Makmal EKOMAR serta Dr. Suriyanti Su, Felo Bersekutu EKOMAR. Kunjungan kali ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat saranan tenaga pakar Jabatan Perikanan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti marin, pengurusan sumber perikanan secara lestari serta kaedah terbaik dalam penyelidikan dan inovasi berkaitan ekosistem marin.
 
Selain itu, perbincangan turut menekankan potensi kolaborasi jangka panjang seperti penyelidikan bersama dan program kesedaran awam bagi memperkukuh pemeliharaan habitat marin di Mersing serta kawasan sekitarnya.
 
Kerjasama EKOMAR dan Jabatan Perikanan Daerah Mersing berupaya memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pemuliharaan ekosistem marin yang mampan dan pembangunan komuniti pesisir yang lebih berdaya tahan.

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐https://www.ukm.my/ekomar/

Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959

Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my

Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin