????????? ???????????? & ??????? ????? ???? ??????? ?????????? ?????????? ????? ???????? ???

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 & 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈 𝐔𝐊𝐌

Tarikh: 24 Februari 2025
Anjuran/Agensi terlibat: Pusat Strategi UKM dan EKOMAR
Lokasi: Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin ( EKOMAR), Mersing, Johor.

Satu perbincangan telah diadakan bersama Pusat Strategi UKM dan EKOMAR mengenai perjalanan Bengkel Pengukuhan Pasukan Pusat Strategi UKM 2025 yang akan dijadualkan berlangsung di EKOMAR pada 9 hingga 11 Mei 2025. Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemudahan dan keperluan logistik bagi memastikan kelancaran program. Selain itu, beberapa lokasi pantai berhampiran turut dikunjungi bagi melihat kesesuaian tempat.