KUNJUNGAN MESRA DAN PERBINCANGAN KERJASAMA BERSAMA RADIANT TELUK SARI RESORT & CAMPSITE
Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad)
Tempat: Radiant Teluk Sari Resort & Campsite, Mersing
Anjuran: EKOMAR & Radiant Teluk Sari Resort & Campsite
Satu sesi kunjungan mesra dan perbincangan kerjasama telah diadakan antara EKOMAR dan Radiant Teluk Sari Resort & Campsite bagi meneroka potensi kerjasama strategik serta merangka hala tuju dan draf tindakan bagi pelaksanaan beberapa program bersama. Perbincangan ini turut memberi fokus kepada pembangunan program yang bersifat inklusif, berimpak tinggi dan mampan, selari dengan aspirasi pembangunan komuniti setempat dan pemeliharaan alam sekitar.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan pelaksanaan program berasaskan komuniti, pemerkasaan ekonomi setempat, kesedaran kelestarian alam sekitar serta pemeliharaan ekosistem marin. Inisiatif-inisiatif yang dicadangkan ini menjurus kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 1 (Tanpa Kemiskinan), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) dan SDG 14 (Kehidupan di Dalam Air).
Diharapkan kerjasama ini dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program yang berterusan dan berimpak positif, bukan sahaja kepada komuniti setempat malah kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan pelancongan lestari di daerah Mersing secara keseluruhannya.
#EKOMAR
#ALAFUKM
#MesmerisingMersing
#MersingDaerahPelanconganLesta
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
🌐https://www.ukm.my/ekomar/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959
Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my
Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim
© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin