JEMPUTAN KE PROGRAM JARINGAN KOMUNITI KONSERVASI MARIN

Usaha pemuliharaan ekosistem marin yang berkesan memerlukan kerjasama erat antara komuniti setempat, pengusaha pelancongan, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan bagi memastikan kelestarian sumber marin dapat dipelihara secara berterusan untuk generasi akan datang.

JEMPUTAN KE PROGRAM JARINGAN KOMUNITI KONSERVASI MARIN

Tarikh: 9 Disember 2025 (Selasa)
Lokasi: Hotel Seri Malaysia, Mersing
Anjuran: Reef Check Malaysia (RCM – Mersing)

EKOMAR telah dijemput menghadiri Program Jaringan Komuniti Konservasi Marin anjuran Reef Check Malaysia (RCM – Mersing) yang berfungsi sebagai platform libat urus dan perkongsian maklumat antara komuniti setempat, pengusaha pelancongan, agensi kerajaan serta institusi penyelidikan. Program ini memberi tumpuan kepada pembentangan dapatan tinjauan terumbu karang di Kepulauan Mersing bagi tahun 2025, termasuk status kesihatan terumbu, ancaman semasa serta cadangan pengurusan berasaskan komuniti.

Selain itu, status hidupan marin terlindung di perairan Mersing turut dibentangkan oleh Tengah Island Conservation (TIC), yang menekankan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan kelestarian ekosistem marin secara berterusan. Program ini turut merangkumi sesi perbincangan berkumpulan yang membolehkan peserta berkongsi pandangan, pengalaman serta cadangan bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan tindakan bersama.

Antara agensi dan organisasi yang hadir termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Daerah Mersing, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM Malaysia), MareCet, Global Environment Centre (GEC) serta pemain industri pelancongan tempatan.

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐https://www.ukm.my/ekomar/

Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959

Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my

Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin