Pencapaian Antarabangsa: Tahniah Dr. Herryawan Ryadi Atas Jemputan ke UNAIR dan INCOFIMS 2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari (Ketua Makmal EKOMAR) atas jemputan oleh Universitas Airlangga (UNAIR), Kampus Banyuwangi, Indonesia pada 27 Ogos 2026.
 
Jemputan tersebut diteruskan dengan penglibatan beliau sebagai penceramah di International Conference of Marine Sciences (INCOFIMS) 2026 anjuran Fakultas Perikanan dan Kelautan, Universitas Airlangga Surabaya (FPK UNAIR), Indonesia pada 2 hingga 3 September 2026.
Dalam persidangan tersebut, beliau telah membentangkan hasil kajian berkaitan penggunaan hampas kacang soya (okara) terhidrolisis sebagai alternatif kepada tepung ikan dalam formulasi makanan ikan. Kajian terhadap ikan tilapia merah mendapati penggantian 50% tepung ikan dengan hampas kacang soya mampu menghasilkan kadar pertumbuhan dan kecekapan makanan (FCR) yang setanding dengan makanan ikan komersial, selain mengekalkan kualiti daging ikan.
 
Penggunaan hampas kacang soya sebagai bahan alternatif ini turut berpotensi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber makanan daripada laut, mengurangkan kos makanan serta memanfaatkan sisa industri makanan melalui pendekatan ekonomi kitaran (circular economy). Kajian ini juga selari dengan usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta memperkukuh kelestarian sektor akuakultur dan ekosistem marin.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Herryawan atas pencapaian serta sumbangan beliau dalam mengetengahkan penyelidikan inovatif yang berpotensi memberikan manfaat kepada pembangunan akuakultur yang lebih mampan.
 

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐https://www.ukm.my/ekomar/

Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959

Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my

Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin