BENGKEL PENGUKUHAN PASUKAN PUSAT STRATEGI UKM TAHUN 2025

BENGKEL PENGUKUHAN PASUKAN PUSAT STRATEGI UKM TAHUN 2025

 

Tarikh: 9–11 Mei 2025
Anjuran: Pusat Strategi UKM dan EKOMAR
Lokasi: Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Mersing, Johor

Bengkel Pengukuhan Pasukan yang berlangsung selama tiga hari ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan semangat kerjasama, komunikasi dan kefahaman antara warga kerja Pusat Strategi UKM. Program ini menggabungkan aktiviti eksplorasi alam semula jadi, lawatan ilmiah dan pengalaman kebudayaan tempatan dalam suasana santai tetapi bermakna.

Antara aktiviti utama termasuk eksplorasi dataran pasang surut Pulau Mawar, island hopping serta aktiviti warisan pembuatan keropok lekor dan satar. Keseluruhan pengisian memberi impak positif dalam membina pasukan kerja yang lebih kukuh, berdaya saing dan harmoni.

Bengkel ini juga memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara lebih terbuka di luar konteks formal, sekali gus menyumbang kepada peningkatan semangat berpasukan dan produktiviti organisasi secara keseluruhan.

Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

🌐https://www.ukm.my/ekomar/

Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959

Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my

Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin