Program Pembangunan Inovasi STEM & Bahasa Inggeris
Anjuran : SK Seri Kampung Tengah , Kluang
Tarikh : 4 – 6 Julai 2025
Lokasi : Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Mersing, Johor.
Pada 4 hingga 6 Julai 2025, EKOMAR telah menerima kunjungan daripada pelajar dan guru SK Seri Kampung Tengah, Kluang Johor. Lawatan ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat tentang EKOMAR dan keunikan ekosistem marin di Mersing.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti lawatan ke galeri EKOMAR, kolam sentuh, marine art dan taklimat pengenalan kepada EKOMAR. Para pelajar juga turut menyertai pertandingan inovasi menggunakan sisa bahan buangan yang dikutip di sekitar Pantai Tanjung Resang. Hasil kreativiti mereka berjaya menghasilkan ciptaan baru daripada sisa yang dikutip, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan! EKOMAR juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini memberi inspirasi untuk terus mencintai dan menjaga alam sekitar.
Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
🌐https://www.ukm.my/ekomar/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
Isnin – Khamis
Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat
Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
Telefon:
Pejabat ALAF-UKM:
+603-8911 8515
Pengurus Makmal (Cik Aida):
+019-2078959
Email:
ekomar-alaf@ukm.edu.my
Alamat:
Lot 604, Jalan Pantai, Kg. Tg. Resang, 86900 Endau, Mersing, Johor Darul Takzim
© Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin