Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

IJAZAH SARJANA KERJA KURSUS & DISERTASI
TEMPOH PENGAJIAN

Program ini untuk pelajar sepenuh masa dan mengambil masa antara 4 – 6 semester.

Program Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi) dijalankan secara kerja kursus dan penyelidikan yang bertujuan  untuk melatih bakal tenaga pengajar dan penyelidik dalam bidang yang berkaitan dengan fisiologi. Graduan yang mempunyai pengetahuan asas fisiologi berkemampuan untuk mempelajari fisiologi lanjutan di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Jumlah unit keseluruhan bagi program ini ialah 40 unit iaitu 25 unit untuk kerja kursus dan 15 unit untuk penyelidikan.

 

KURSUS SEMESTER 1

 
KodKursusPenyelia
FFFF 6015Fisiologi KardiovaskularProf. Madya Dr. Azizah Ugusman
FFFF 6023Fisiologi PernafasanDr. Mohd Heikal Mohd Yunus
FFFF 6043Fisiologi Sistem Saraf 1Dr. Adila A. Hamid
FFFK 6163Statistik Perubatan AsasProf. Madya Dr. Azmi Tamil
 
KURSUS SEMESTER 2
 
KodKursusPenyelia
FFFF 6033Fisiologi RenalDr. Norhazlina Abdul Wahab
FFFF 6123Fisiologi ReproduksiProf. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim
FFFF 6135Fisiologi Sistem Saraf 2Dr. Jaya Kumar Murthy

 

DISERTASI SEMESTER 3 &4

KodKursusPenyelia
FFFF 6217Disertasi Semester 3Yang berkenaan
FFFF 6228Disertasi Semester 4Yang berkenaan

 

Calon sarjana perlu menyiapkan satu mini projek penyelidikan di bawah penyeliaan. Hasil penyelidikan ini perlu menghasilkan satu disertasi pada semester akhir.

SYARAT KEMASUKAN

1.  Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dengan gred kumulatif (PNGK) tidak kurang dari 3.00 ATAU Ijazah Setaraf ATAU Ijazah Perubatan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dengan gred minimum untuk subjek Fisiologi ialah gred B; ATAU

2. Calon dengan PNGK kurang dari 3.00 mesti mempunyai pengalaman bekerja dengan bakal penyelia dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

3. Mendapat skor minimum 79-93 untuk TOEFL atau Band 6.5 untuk IELTS untuk pelajar dari luar negara.

4. Semua pemohon antarabangsa dan yang dibiayai sendiri mesti menunjukkan bukti bertulis mengenai status kewangan yang diterima sama ada dalam bentuk penyata bank / Institusi kewangan yang aktif atau surat jaminan yang diterima.

5. Lulus ujian kemasukan dan temuduga di peringkat Jabatan.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Setiap pelajar dikehendaki membentangkan seminar, penyelesaian masalah dan menulis rencana untuk setiap kursus. Tujuan diadakan seminar untuk menggalakkan pelajar memahami tajuk-tajuk tertentu secara bersendirian tanpa bergantung kepada syarahan dan melatih pelajar menerangkan sesuatu topik dengan jelas dan teratur. Penyelesaian masalah adalah satu kaedah untuk mendedahkan pelajar kepada masalah-masalah dalam bidang perubatan dan menekankan bagaimana pengetahuan asas fisiologi dikaitkan dengan gejala-gejala penyakit.

 

Penyelaras kursus akan mengadakan perbincangan dengan pelajar sebelum setiap pembentangan. Pelajar juga digalakkan mengikuti syarahan yang diberikan kepada pelajar perubatan tahun 1. Rencana hendaklah diserahkan kepada penyelaras pada akhir setiap kursus.

Maklumat lanjut sila hubungi Dr. Adila A. Hamid (adilahamid@ppukm.ukm.edu.my)

atau

layari laman sesawang Sekretariat Pengajian Siswazah, Fakulti Perubatan, UKM.