Di FSSK, kami mengutamakan kualiti, kecekapaan dan kecemerlangan di dalam segenap aspek merangkumi pentadbiran, pengajaran dan penyelidikan
Memangkin dan mencetus pemikiran terkini dalam pembentukan peradaban bangsa
Membentuk suasana penjanaan ilmu terkamil untuk pembangunan insan yang bergerak seiring dengan arus dalam acuan kebangsaan
FSSK terdiri daripada enam cabang rumpun sains sosial dan kemanusiaan iaitu media dan komunikasi; psikologi dan kesejahteraan manusia; bahasa dan linguistik; bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu; sejarah, politik hubungan antarabangsa; serta sosial, pembangunan dan persekitaran.
Fakulti Sastera adalah merupakan salah satu daripada 3 buah fakulti terawal yang ditubuhkan di UKM. Jabatan – jabatan yang wujud pada ketika ini adalah seperti Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu, Jabatan Ekonomi & Perdagangan, Jabatan Sejarah, Jabatan Geografi, Jabatan Antropologi & Sosiologi serta Unit Bahasa-bahasa
Jabatan-jabatan baharu diwujudkan seperti Jabatan Komunikasi pada tahun 1975 dan Jabatan Sains Politik pada tahun 1976
Fakulti Sastera distruktur menjadi Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK). Beberapa jabatan seperti Jabatan Ekonomi & Perdagangan dikembangkan menjadi fakulti
Jabatan Bahasa & Kesusteraan Melayu dinaiktaraf menjadi Institut Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu (IBKKM). Kini dikenali sebagai Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Pada 15 November 2001, Fakulti Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa serta Fakulti Sains Pembangunan digabungkan dan menjadi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Kenali figura-figura hebat yang pernah mencurahkan bakti dan keringat dalam memajukan FSSK
Dekan
15 November 2001 - 12 Jun 2005
Dekan
13 Jun 2005 - 4 Oktober 2006
Dekan
1 Oktober 2006 - 31 Mac 2011
Dekan
1 Jun 2011 - 7 Julai 2016
Dekan
1 Jun 2016 - 30 April 2017
Dekan
1 Mei 2017 - 30 April 2019
Dekan
1 Mei 2019 - 30 April 2022
Dekan
1 Mei 2022 - Kini
Di FSSK, kami mengutamakan kecemerlangan dari segala aspek. Namun ada perkara yang lebih penting untuk diutamakan.
Laman web ini boleh diakses dengan menggunakan peranti pintar. Paparan terbaik dengan pelayar web versi terbaharu pada resolusi minimum 1024X768