Profile for Institute of Islam Hadhari

(Institute of Islamic Civilization)

 LOGO HADHARI TRANSPARENT

Background

Institute of Islam Hadhari (IIH), UKM was established on 22 Rabiulakhir 1428H equivalent to 10 May 2007 and was inaugurated by YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, the 5th Prime Minister of Malaysia. Institute of Islam Hadhari (Institute of Islamic Civilization) is a multi disciplines research institute for Islamic civilizational studies. Since the date, Institute of Islam Hadhari has functions as a multi disciplines research institute by bearing roles as stated below:

  1. To enhance and stimulate research activities, training and information dissemination through four main thrust areas: (a) Politics and Leadership; (b) Socio-culture; (c) Management, Economics and Business; (d) Science & Technology, Environment and Health.
  2. To function as teaching and learning institute by conducting graduate programmes (Master and Doctor of Philosophy).
  3. To perform as a reference centre concerning Islamic civilisation at the international level, and for National agency, institutes as well as international students.
  4. To contribute ideas to assist in legislating and policy-making for various parties on the national and international level.
  5. To provide a service to society and the community in terms of consultancy, counselling and training.

Vision & Mission

Vision: The Institute is committed to be a recognized center of excellence in the development of universal Islamic civilization.

Mission: To lead the approach of Islamic civilization through scientific activities.

Objectives

  1. To be a research institute that empowering the Islamic civilizational approach.
  2. To be a center of reference, data base collection and education  for researchers in Islamic civilization.
  3. To conduct research and development in the area of Islamic civilization.
  4. To have national and international research networking and collaboration among scholars in the area of Islamic civilization.
  5. To provide research environment for Muslim scholars in the area of Islamic civilization.

Strategies

  1. Ensuring all research activities are implemented based on the vision and missions of the institute.
  2. Creating academic and research networking with national and international research institutes.
  3. Providing research facilities which will benefit researchers from UKM and the public.
  4. Preparing resource materials as reference for researchers.
  5. Developing human capital for the advancement of Islamic civilization.
  6. Developing a system for the development of professionals in the field of Islamic civilization.
  7. Offering post graduate programs which support the development of Islamic civilization.
  8. Planning and implementing intellectual activities in order to promote the development of Islamic civilization.

LOGO HADHARI TRANSPARENT

Latar Belakang

Institut Islam Hadhari (IIH), UKM ditubuhkan pada 22 Rabiulakhir 1428H  bersamaan  10 Mei 2007M  dan dirasmikan  oleh  YABhg  Tun  Abdullah  Ahmad  Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5. Institut Islam Hadhari, UKM adalah sebuah institut penyelidikan yang menfokuskan bidang peradaban Islam dan bersifat multidisiplin. Sejak tarikh penubuhan ini, Institut Islam Hadhari telah berfungsi sebagai sebuah institut penyelidikan multi disiplin yang berperanan seperti berikut:

  1. Berperanan mempertingkat dan menggalakkan aktiviti penyelidikan, latihan dan penyebaran maklumat melalui 4 bidang ilmu iaitu (a) Politik dan Kepimpinan; (b) Sosio Budaya; (c) Pengurusan, Ekonomi dan Perniagaan; dan (d) Sains & Teknologi, Alam Sekitar dan Kesihatan.
  2. Berperanan sebagai institut pembelajaran dan pengajaran dengan menjalankan program pengajian di peringkat siswazah (ijazah sarjana dan doktor falsafah).
  3. Melaksanakan fungsi sebagai sebuah pusat rujukan antarabangsa, agensi-agensi kebangsaan, institusi serta pelajar antarabangsa mengenai Peradaban Islam.
  4. Berperanan sebagai penyumbang idea dalam membantu penggubalan dan pembentukan dasar pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  5. Berperanan memberi khidmat kepada masyarakat dan komuniti daripada aspek perundingan, kaunseling dan latihan

Visi & Misi

Visi: Institut bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan muktabar dalam pembangunan peradaban Islam sejagat.

Misi: Menerajui pendekatan peradaban Islam melalui kegiatan ilmiah.

Matlamat

  1. Menjadi Institut penyelidikan dalam memperkasakan pendekatan peradaban Islam.
  2. Menjadi pusat rujukan, pangkalan data dan pendidikan bagi melahirkan sarjana penyelidik.
  3. Menjadi wadah penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan peradaban dan ummah.
  4. Mewujudkan jaringan ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di kalangan cendekiawan peradaban.
  5. Membudayakan pendekatan penyelidikan di kalangan cendekiawan Islam dalam menyediakan asas yang kukuh terhadap perkembangan ilmu serta peradaban Islam.

 Strategi

  1. Memastikan kegiatan penyelidikan dilaksanakan berdasarkan visi dan misi institut.
  2. Mewujudkan rangkaian akademik dan penyelidikan dengan institusi-institusi dalam dan luar negara.
  3. Menyediakan prasarana penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh warga UKM dan masyarakat awam.
  4. Menyediakan bahan-bahan sumber yang muktabar untuk rujukan.
  5. Menyediakan dan membangunkan sumber manusia yang profesional untuk pembangunan peradaban Islam.
  6. Mewujudkan sistem yang mantap demi perkembangan akademik profesional yang berterusan dalam bidang peradaban Islam.
  7. Menyediakan program akademik yang menyokong pembangunan peradaban Islam di dalam dan di luar UKM.
  8. Merancang aktiviti ilmiah di dalam dan di luar UKM yang mendokong pembangunan peradaban Islam.