Alhamdulillah, Institut Islam Hadhari, UKM telah selesai menjalani Audit Pensijilan Semula (SPKPPP) MS ISO 9001:2015 pada 21 Mac 2024 Khamis oleh Puan Mariam Mohamed Zin dari SIRIM.
.
Ucapan Pembukaan disampaikan oleh Prof Madya Ir Dr Nazrul Anuar Nayan Timbalan Pengarah, diikuti Prof Dato’ Dr Fariza Md Sham FASc selaku Pengarah Institut secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Mesyuarat Pembukaan dan Penutup Audit telah dipengerusikan oleh Dr. Norshariani Abd Rahman, Ketua Jaminan Kualiti/ Felo Penyelidik Hakiki Institut Islam Hadhari dan turut hadir semua Felo Hakiki, staf Pengurusan dan Pentadbiran (P&P), Pelaksana dan Pelatih.
.
Institut Islam Hadhari UKM merakamkan ucapan terima kasih kepada Juruaudit daripada SIRIM atas kerjasama yang diberikan dan tidak lupa juga kepada semua staf yang terlibat yang komited dan jitu dalam menjayakan pelaksanaan Audit Pensijilan Semula ini secara lancar.
.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.