Alhamdulillah pada 25 April 2024 telah berlangsungnya Hari Anugerah Kualiti Institut Islam Hadhari UKM bagi penilaian sesi tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Prof Dr Zaid Ahmad.
.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc, selaku Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM, di dalam ucapan beliau, turut disampaikan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua staf, felo, felo bersekutu yang sama-sama bekerjasama dalam memastikan Institut Islam Hadhari kekal relevan dan mampu berdiri setanding institut yang lain yang cemerlang di UKM.
.
Beliau juga turut menyampaikan hasrat agar bilangan felo penyelidik hakiki pada tahun 2024 akan bertambah untuk menggantikan felo yang sudah berpindah/berhenti. Harapan beliau dengan adanya penambahan felo penyelidik yang mampu bertutur dan fasih Berbahasa Arab mampu menampung permintaan dan permohonan Pelajar dari golongan Bangsa Arab.
.
Di samping itu, beliau mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua penerima anugerah dan semoga sedikit penghargaan yang mampu kami lakukan ini dapat menambah lagi motivasi pensyarah dan staf serta penerima anugerah untuk kekal dan terus cemerlang pada masa hadapan.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.