Alhamdulillah, dalam meraikan ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi, Institut Islam Hadhari, UKM sempat mengadakan sedikit himpunan kakitangan dan juga perkongsian/tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc selaku pengarah, dan tajuk perkongsian beliau menyentuh berkaitan Amalan dan Persediaan dalam Menyambut Bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
.
Pada kesempatan ini juga, penyampaian hamper kepada pemenang dan wakil yang telah menang pada Hari Sanggar Kerja yang lepas turut diadakan. Bukan itu sahaja, turut disambut Bulan Kelahiran Warga Hadhari pada bulan Jan, Feb dan Mac sekaligus. Majlis ditutup dengan sedikit jamuan ‘Potluck’ dan Kek Hari Jadi.
.
Akhir sekali, Institut Islam Hadhari UKM juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2024 kepada seluruh wanita di dunia khususnya di UKM.
.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
Facebook https://bit.ly/Hadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari
.