Alhamdulillah, hasil daripada Memorandum Persefahamam (MoU) 2021 yang lalu, Institut Islam Hadhari, UKM yang diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham FASc, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri, Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari, UKM dan Dr. Norshariani Abd Rahman, Felo Penyelidik Hakiki, Institut Islam Hadhari UKM telah mengadakan kunjungan penyelidikan pada 26 Mei 2023 bersamaan hari Jumaat di Imam Bukhari International Scientific Research Centre, Uzbekistan untuk bersama-sama berbincang dan berdiskusi secara bersemuka bersama penyelidik-penyelidik di sana.
.
Dalam perjumpaan ini juga, turut diadakan sesi penyerahan buku Muslim Scholars in Islamic Civilisation hasil daripada Seminar on Scholars of Islamic Civilization (SSIC) yang pertama pada 8 & 9 April 2021 yang lalu. Untuk pengetahuan semua, ramai penulis bab datang daripada institusi ini. Justeru merapatkan lagi hubungan antara penyelidik-penyelidik dua buah negara.
.
.
Jangan lupa Follow kami di Instagram https://bit.ly/instagramhadhari ,
.
.