Kursus Pemantapan Pegawai Fokal Integriti (PFI)

Unit Integriti & Ombudsman telah menganjurkan Siri Latihan Pegawai Fokal Integriti (PFI) Bil.4/2021: Kursus Pemantapan Pegawai Fokal Integriti pada 8-9 Disember 2022 bertempat di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.

Kursus ini melibatkan PFI yang dilantik mewakili setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) di UKM.

Kursus ini telah disampaikan oleh tiga penceramah yang berpengalaman luas dalam siasatan kes di SPRM iaitu:

Modul 1: Tuan Azlan Ab Aziz
Modul 2 & 3: Tuan Zarizal Ahmad
Modul 4: Dato’ Abdul Wahab Abd Aziz

Semoga kursus ini dapat meningkatkan lagi semangat integriti peserta dalam menjalankan tugas sebagai PFI di PTj masing-masing.

Similar Posts