Pertandingan Video Pendek Bertemakan Integriti

Pengenalan

Sambutan Hari Integriti Kebangsaan diraikan pada setiap 5 November dan mula diperkenalkan sejak tahun 2005. Sehubungan dengan itu, sebagai satu usaha untuk membolehkan agenda pembudayaan dan pengintitusian integriti di universiti, Unit Integriti UKM menjemput warga UKM untuk menyertai dan menyemarakkan Sambutan Hari Integriti UKM 2020 menerusi Pertandingan Video Pendek bertemakan Integriti.

A. Maklumat Pertandingan

  1. Antara objektif pertandingan video pendek ini adalah:
    1. Sebagai bahan advokasi utama bagi mendidik dan menyedarkan warga universiti mengenai salah satu nilai UKM iaitu ‘Integriti’ di dalam nilai KAMII.
    2. Mengalakkan warga UKM dalam memahami dan memberi pendekatan yang lebih menarik terhadap isu integriti serta membantu pembudayaan dan penginstitusian integriti dalam UKM dengan kaedah yang lebih menarik.
    3. Memberikan pendedahan kepada warga UKM tentang isu-isu Integriti yang berlaku di UKM.
    4. Memberi pendedahan langkah-langkah untuk mencegah terjadinya isu-isu integriti.

B. Terma dan Syarat Pertandingan

  1. Penyertaan adalah PERCUMA.
  2. Penyertaan adalah terbuka pada Warga UKM termasuk Pelajar Prasiswazah dan Siswazah.
  3. Penyertaan adalah boleh secara individu atau berkumpulan.
  4. Hasil karya mestilah asli dan video adalah pertama kali dipertandingkan.
  5. Genre (jenis karya) terbuka seperti animasi, drama, sketsa atau dokumentari serta lain-lain.
  6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab, terhadap apa-apa jua bentuk tuntutan atau sebarang isu hakcipta berkaitan dengan produksi, terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan, atau sebarang kerugian yang ditanggung peserta.
  7. TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama, serta politik dalam pembikinan dan penghasilan video tersebut.
  8. Penyertaan pertandingan video terhad pada satu penyertaan sahaja.
  9. Urus setia pertandingan akan mengumumkan secara rasmi melalui email dan susulan telefon kepada pemenang untuk makluman tarikh majlis penyampaian hadiah secara rasmi.
  10. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.
  11. Penganjur berhak membuat keputusan dan memutuskan hanya video yang memenuhi piawaian dan standard juri sahaja layak diangkat sebagai pemenang.
  12. Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD. Sebarang surat-menyurat, rayuan dan panggilan tidak akan dilayan.
  13. Semua penyertaan dan penghantaran video hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 4 November 2020 (5 petang).
  14. Penyertaan yang dikemukakan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  15. Peserta dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan oleh Unit Integriti UKM (UI) dan UI mempunyai hak milik dan berhak menggunakan rakaman video yang dihantar untuk sebarang kegunaan.

C. Pendaftaran dan Penghantaran Video

  1. Peserta hendaklah mengisi maklumat penyertaan dalam google forms seperti pautan berikut:
    https://qrgo.page.link/8eojR


    1. Nama Ketua Kumpulan/Individu
    2. No UKMPer/No Pelajar
    3. Fakulti/Institut/Pusat
    4. Tajuk Video
    5. Alamat Emel
    6. No telefon
    7. Persetujuan syarat-syarat penyertaan
  2. Video hendaklah dimuatnaik menerusi googledrive dan diemelkan (full access – sharing & editing) kepada emel: integriti@ukm.edu.my
  3. Maklumat lanjut boleh layari http://www.ukm.my/integriti
  4. Tarikh tutup pertandingan adalah 4 November 2020 (5 petang).
  5. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Puan Anis Syahirah dan Puan Azlina di talian 03 8921 5008/3182.

D. Konsep / Spesifikasi Video

  1. Video pendek bertemakan nilai Integriti, dan tidak terhad kepada penyampaian mesej kesedaran dan pemahaman mengenai:
    1. nilai Integriti dan isu-isu semasa berkaitan integriti;
    2. kempen tangani dan tolak rasuah;
    3. mesej elak dan tangani salahlaku atau gangguan seksual di universiti;
    4. budaya menjaga integriti dalam warga UKM atau
    5. lain-lain mesej berkaitan Integriti
  2. Video adalah dalam Bahasa Malaysia.
  3. Durasi video tidak melebihi 3 minit.
  4. Resolusi: 1080p.
  5. Video adalah dalam format MP4.

E. Kriteria Penilaian

  1. Menepati tema.
  2. Penyampaian isi kandungan /plot menepati terma dan syarat pertandingan.
  3. Kreativiti/inovasi/teknik penyampaian.
  4. Sinematografi terbaik.
  5. Penyampaian mesej yang berkesan.

F. Hadiah dan Sijil

Tempat Pertama: RM 1,000.00
Tempat Kedua : RM 700.00
Tempat Ketiga : RM 500.00

Borang Penyertaan

Similar Posts