Unit Integriti UKM ditubuhkan pada 5 September 2013 (Kelulusan LPU Bil.5/2013). Seterusnya dijenamakan semula sebagai Unit Integriti & Ombudsman UKM pada 16 Februari 2021 (Kelulusan MJPU Bil.3/2021 dan LPU Bil.4/2021). Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6/2013.

Unit Integriti di semua agensi awam sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti organisasi termasuklah berikut:

  • Tadbir Urus
  • Pengukuhan Integriti
  • Pengurusan Aduan
  • Pengesanan & Pengesahan (Siasatan)
  • Pematuhan

Warga UKM termasuk staf, pelajar atau mana-mana individu yang mewakili sesebuah syarikat, agensi atau orang perseorangan yang mempunyai urusan rasmi dengan warga UKM.

Pelan ini adalah untuk menyediakan hala tuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang berstruktur dan jelas, menangani permasalahan dan kelemahan governan, integriti dan rasuah, mempamerkan komitmen pengurusan yang tinggi dalam usaha pencegahan rasuah.

Prosedur Pengurusan Aduan yang diluluskan MJPU Bil.1/2021 pada 19 Januari 2021. https://www.ukm.my/integriti/rujukan/buku-dan-panduan/tatacara-piawai-unit-integriti/prosedur-pengurusan-aduan/

1. Aduan boleh disalurkan secara dalam talian di laman sesawang Unit Integriti & Ombudsman: https://www.ukm.my/integriti/aduan/

2. Aduan boleh disalurkan menerusi e-mel: aduanintegriti@ukm.edu.my

3. Aduan boleh dibuat secara surat rasmi atau hadir ke:

Unit Integriti & Ombudsman
Aras 5, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor

4. Aduan boleh dibuat secara panggilan telefon ke talian berikut: 

  • No. Telefon: +603 8921 3182/ 5009
  • Salah Laku Jenayah
  • Pelanggaran Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj)
  • Pelanggaran Tata Kelakuan dan Etika Universiti 
  • Penyalahgunaan Kuasa
  • Memberi atau Menerima Rasuah
  • Gangguan Seksual 
  • Tuntutan Palsu & Pemalsuan Dokumen 
  • Konflik Kepentingan 
  • Gangguan seksual
  • Plagiarism
  • Integriti Penyelidikan

Pemberi maklumat boleh dilindungi di bawah Dasar Pemberi Maklumat UKM 2019 dan di bawah Tatacara Pelaksanaan Dasar Pemberi Maklumat UKM. Sila rujuk https://www.ukm.my/integriti/rujukan/akta-dan-dasar/dasar-pemberi-maklumat-ukm-2019/ untuk maklumat lanjut.

  • Aduan merupakan laporan yang dibuat oleh pengadu secara rasmi dengan suci hati mengenai sebarang salahlaku yang melanggar tatatertib, peraturan dan jenayah.
  • Maklumat pula disalurkan secara tidak rasmi dengan suci hati mengenai sebarang salahlaku yang melanggar tatatertib, peraturan dan jenayah

Tindakan/keputusan ke atas sesuatu aduan adalah berdasarkan kepada merit dan bukti-bukti berdasarkan semakan/siasatan ke atas aduan yang dikemukakan. Pengadu boleh mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian sama ada di peringkat dalaman ataupun luaran.

Pegawai Yang Diadu (PYD) tidak akan dimaklumkan mengenai keputusan/tindakan ke atas aduan tersebut kerana ianya berstatus sulit.

PYD akan diberikan peluang untuk memberikan maklumbalas ke atas aduan yang dikemukakan terhadapnya dan boleh mengemukakan bukti-bukti/dokumen sokongan serta yang berkaitan bagi menjawab aduan tersebut.

Tidak, semua rekod aduan adalah berstatus sulit dan merupakan dokumen terperingkat.

Aduan berkaitan plagiarisme atau penipuan dalam akademik boleh dihantar ke UIO dan aduan akan dibawa ke Jawatankuasa Integriti Penyelidikan (JKIP) yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi). JKIP akan memutuskan merit kes dan ia akan dijadikan asas untuk tindakan selanjutnya oleh pihak UIO.

Ombudsman adalah seseorang yang dilantik oleh Universiti untuk membantu penyelesaian aduan, ia merupakan satu kaedah penyelesaian alternatif ke atas aduan dengan cepat tanpa memerlukan proses formal siasatan integriti dan tatatertib.

  • Ketidakpuasan hati berkaitan isu-isu pentadbiran (grievances)
  • Pertikaian
  • Isu perkhidmatan tidak memuaskan 
  • Konflik semasa warga UKM dan lain-lain yang berkaitan

1. Aduan boleh disalurkan secara dalam talian di laman sesawang Unit Integriti & Ombudsman: https://www.ukm.my/integriti/aduan/

2. Aduan boleh disalurkan menerusi e-mel:  aduanintegriti@ukm.edu.my

3. Aduan boleh dibuat secara surat rasmi atau hadir ke:

Unit Integriti & Ombudsman
Aras 5, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor

4. Aduan boleh dibuat secara panggilan telefon ke talian berikut: 

  • No. Telefon: +603 8921 3182/ 5009

Prosedur Pengurusan Siasatan Unit Integriti UKM yang diluluskan MJPU Bil.1/2021 pada 19 Januari 2021. 

https://www.ukm.my/integriti/rujukan/buku-dan-panduan/tatacara-piawai-unit-integriti/prosedur-pengurusan-siasatan/

Tidak melebihi 60 Hari dari tarikh Arahan Siasatan Ketua Unit Integriti. Tempoh siasatan boleh dilanjutkan sekiranya bersifat kompleks, bilangan saksi, keadaan yang memerlukan tempoh lebih lama.

Ya, pegawai berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut dan sekiranya tidak hadir tanpa sebab munasabah, ia boleh dianggap sebagai ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat adalah tertakluk kepada Tatacara Pelaksanaan Dasar Pemberi Maklumat UKM (Kelulusan MJPU Bil.20/2020 dan LPU Bil.1/2021).

Semua laporan dan dokumen yang terkandung dalam Kertas Siasatan adalah terperingkat sebagai SULIT. Ianya tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak. Pengadu atau saksi yang dipanggil semasa sesi temu bual  dikehendaki mendedahkan segala maklumat yang kamu ketahui, berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat, dan jika apa-apa maklumat yang diberikan adalah terjumlah kepada tidak jujur, tidak beramanah atau membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi, pegawai boleh di kenakan tindakan tatatertib menurut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.

  • Pengadu merupakan individu yang mengemukakan aduan tentang salahlaku berdasarkan pengetahuan/penglibatan langsung terhadap isu dalam aduan tersebut.
  • Pemberi maklumat merupakan individu yang membuat pendedahan tentang salahlaku berdasarkan pengetahuan/kepercayaan beliau yang munasabah secara bertulis/lisan.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat adalah tertakluk kepada Tatacara Pelaksanaan Dasar Pemberi Maklumat UKM (Kelulusan MJPU Bil.20/2020 dan LPU Bil.1/2021).

Perlindungan yang akan diberikan termasuklah:

  • Hendaklah merahsiakan identiti pemberi maklumat dan kandungan maklumat yang diberikan serta ianya tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa pendengaran kes disiplin/tatatertib dan perbicaraan di Mahkamah.
  • Sekiranya pemberi maklumat perlu ditukarkan bagi mengelakkan tindakan yang memudaratkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan, Ketua Unit Integriti boleh meminta kepada Pendaftar UKM untuk menetapkan penempatan baru yang sesuai bagi pemberi maklumat tersebut. 
  • Bagi kes pemberi maklumat tidak boleh ditukarkan, Surat Arahan Pemberi Maklumat Tidak Boleh Diganggu perlu diberikan kepada pihak yang berkaitan.
  • Hendaklah memastikan pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah, atau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau mana-mana pihak lain di UKM.
  • Hendaklah memastikan pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat.
  • Perlu memastikan perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pemberi maklumat seperti rakan sekerja sekiranya perlu.

Sila rujuk: https://www.ukm.my/integriti/muat-turun/buku-dan-panduan/tatacara-piawai-unit-integriti/tatacara-pelaksanaan-dasar-pemberi-maklumat/ untuk maklumat penuh mengenai tatacara perlindungan.

Ya, UKM telah meluluskan Dasar Universiti Kebangsaan Malaysia Terhadap Gangguan Seksual dan Kod Amalan Pengendalian Aduan dan Pencegahan gangguan Seksual Universiti Kebangsaan Malaysia (Pindaan 2021). Dokumen ini terpakai kepada seluruh Warga UKM, staf, pelajar dan mana-mana pihak yang berurusan dengan Warga UKM. Dokumen ini boleh dicapai di pautan https://www.ukm.my/integriti/rujukan/buku-dan-panduan/kod-amalan-gangguan-seksual/

1. Aduan boleh disalurkan secara dalam talian di laman sesawang Unit Integriti & Ombudsman: https://www.ukm.my/integriti/aduan/

2. Aduan boleh disalurkan menerusi e-mel: aduangangguanseksual@ukm.edu.my

3. Aduan boleh dibuat secara surat rasmi atau hadir ke:

Unit Integriti & Ombudsman
Aras 5, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor

4. Aduan boleh dibuat secara panggilan telefon ke talian berikut: 

  • No. Telefon: +603 8921 3182/ 5009