Jemputan Menghadiri Syarahan Umum anjuran Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Profesor/ Tuan/ Puan,
Syarahan Umum anjuran Jabatan Fizik Gunaan, FST
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Fizik Gunaan, FST akan mengadakan syarahan umum tersebut di atas yang bertajuk Kampus Rahmah: Membina Ekosistem Menyeluruh, antara Harapan dan Realiti yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Bilik Sumber, JFG
Penceramah: Prof. Dr. Sahrim Haji Ahmad, Jabatan Fizik Gunaan
Link Zoom: akan dikongsikan kemudian
Sehubungan itu, kehadiran YBhg. Dato’/ Profesor/ Tuan/ Puan amat dialu-alukan.
Bersama-sama ini dilampirkan poster untuk makluman dan perhatian.
Sekian, terima kasih dan Salam Hormat.
