PENGENALAN
Makmal Entomologi menjalankan penyelidikan berasaskan sampel entomologi yang dibahagikan kepada Entomologi Perubatan dan Entomologi Forensik. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan dan bahan kimia khusus untuk penyelidikan dan penyediaan slaid entomologi.
Selain daripada itu, makmal ini juga merupakan makmal penyediaan peralatan untuk kerja lapangan entomologi. Semua bahan dan peralatan bagi kerja lapangan entomologi boleh di dapati di makmal ini.
Di Makmal Entomologi juga, terdapat model-model serangga dan vektor penyebar penyakit yang telah diawet. Model ini digunakan bagi tujuan pameran awam dan penyelidikan.
PERALATAN
Antara peralatan yang terdapat di Makmal Entomologi adalah:
- Mikroskop Majmuk & Mikroskop Bedah
- Mikroskop Bedah dengan Paralens
TEKNIK UTAMA
Teknik utama di Makmal Entomologi adalah Teknik Membedah Nyamuk. Selain itu, beberapa teknik lain turut dijalankan di makmal ini seperti Larval Impression dan lain-lain lagi.
Bagi Entomologi Forensik pula, Makmal Entomologi menerima spesimen dari beberapa Makmal Forensik di seluruh negara.
Pada masa ini, Makmal Entomologi juga sedang menjalankan kajian protokol:
- Teknik resin
- Penambahbaikan jar ular dan pameran parasitologi
PENYELIA MAKMAL
Dr. Syamsa Rizal Abdullah
Pensyarah DS51
PENGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
En. Mohd Rafizul Mohd Yusof
Juruteknologi Makmal Perubatan U38