Penghantaran Abstrak

Penghantar Abstrak boleh memilih kaedah pembentangan yang diingini semasa penghantaran abstrak. Namun begitu, keputusan muktamad terletak pada Jawatankuasa. Semua abstrak akan disemak dan diberikan kepada sesi yang bersesuaian. Penulis abstrak yang diterima akan dimaklumkan mengenai kaedah pembentangan seperti berikut:

1. Pembentangan Lisan

  • Tempoh masa sebanyak 15 minit akan diperuntukkan bagi setiap Pembentangan Lisan, yang merangkumi 10 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk sesi Soal Jawab.
  • Pembentang dikehendaki menyerahkan slaid pembentangan dalam format Microsoft PowerPoint (.ppt atau .pptx) dengan orientasi melintang dan nisbah paparan skrin 16:9.
  • Pembentangan boleh disampaikan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
  • Pembentang mesti membuat pembentangan secara bersemuka semasa simposium.
  •  

2. Pembentangan e-Poster

  • Setiap pembentangan e-Poster akan diperuntukkan selama 5 minit.
  • Pembentang dikehendaki menyediakan e-Poster dalam format PDF (satu slaid) dengan orientasi melintang dan nisbah paparan skrin 16:9.
  • e-Poster boleh mengandungi bahan bercetak, jadual, graf, gambar foto atau ilustrasi. Semua elemen hendaklah direka bentuk agar jelas dibaca di skrin dan mudah difahami.
  • e-Poster mestilah dihantar dalam format digital kepada pihak penganjur.
  • Pembentang diwajibkan untuk menyampaikan pembentangan secara bersemuka semasa simposium.
  •  
  • Individu yang menghantar abstrak mestilah juga menjadi pembentang secara bersemuka semasa simposium.

  • Semua abstrak hendaklah dihantar secara elektronik melalui emel rasmi simposium.

  • Abstrak mestilah ditulis dalam Bahasa Inggeris sekiranya pembentangan dibuat dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya pembentangan dibuat dalam Bahasa Melayu, abstrak hendaklah disediakan dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jumlah perkataan tidak boleh melebihi 250 patah perkataan

  • Penulis amat digalakkan untuk menyemak dengan teliti ejaan dan tatabahasa sebelum penghantaran. Abstrak akan diterbitkan sebagaimana yang dihantar dan sebarang penyuntingan atau pindaan selepas penghantaran tidak akan dibenarkan.

  • Penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan saintifik dan kualiti bahasa dalam abstrak yang dikemukakan.

  • Abstrak tidak dibenarkan mengandungi grafik, jadual atau rujukan.

  • Penggunaan singkatan hendaklah diminimumkan bagi memastikan kejelasan dan kefahaman.

  • Nama pembentang mestilah dinyatakan dengan jelas semasa penghantaran abstrak.

    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada nama pembentang selepas penghantaran, pihak Urus Setia hendaklah dimaklumkan dengan segera melalui emel di tropmedsymposium@gmail.com.

Penghantar abstrak mesti mematuhi garis panduan berikut:

  • Ketepatan dan Ketetapan
    Penghantar menerima tanggungjawab penuh terhadap ketepatan maklumat dalam abstrak yang dihantar. Pindaan tidak akan dibenarkan selepas penghantaran. Abstrak akan diterbitkan seperti yang dihantar.
  • Persetujuan Penulis Bersama
    Semua penulis bersama mesti dimaklumkan dan memberikan persetujuan terhadap kandungan dan data dalam abstrak sebelum dihantar. Penghantar dianggap sebagai wakil utama untuk semua komunikasi dan mesti memaklumkan status abstrak kepada semua penulis bersama.
  • Kebenaran untuk Penerbitan
    Penghantaran abstrak dianggap sebagai persetujuan untuk penerbitan dalam semua bahan simposium, termasuk laman web. Penghantar mesti memastikan semua hak cipta atau kebenaran yang diperlukan telah diperoleh bagi bahan yang telah dibentangkan sebelum ini, peralatan, atau kandungan lain yang digunakan.
  • Pematuhan kepada Peraturan dan Etika
    Penghantar mesti mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan dan memperoleh persetujuan bertulis, jika perlu, mengikut garis panduan etika.
  • Keaslian dan Hak Harta Intelek
    Penghantar bertanggungjawab untuk memastikan bahawa abstrak adalah asli dan tidak melanggar mana-mana hak cipta, hak milik atau hak peribadi mana-mana pihak.
  • Pendedahan Konflik Kepentingan
    Sebarang konflik kepentingan yang berpotensi (contohnya, kepentingan kewangan dalam produk atau proses yang diterangkan, pemilikan saham, keahlian lembaga) mesti didedahkan dan diuruskan oleh penghantar.
  • Persetujuan terhadap Terma & Syarat
    Penghantaran borang Pendaftaran dan Penghantaran Abstrak secara dalam talian menunjukkan bahawa penghantar bersetuju sepenuhnya dengan semua terma dan syarat berkaitan pendaftaran dan penghantaran abstrak seperti yang dinyatakan di laman web rasmi simposium.

Sebagai syarat penerimaan abstrak, penghantar mestilah mendaftar dan hadir secara fizikal ke simposium.

Abstrak yang dihantar sebelum bayaran pendaftaran dibuat mungkin akan menerima tawaran penerimaan sementara; walau bagaimanapun, penerimaan muktamad tertakluk kepada bayaran penuh pendaftaran selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2025.

Muat Turun Template Abstrak

  1. Tajuk Abstrak
    • Font: Times New Roman
    • Saiz: 12 pt
    • GayaBold
    • Penjajaran: Tengah (Centre)
    • Huruf Besar/Kecil: Huruf kecil ayat (Sentence case)
  1. Penulis & Penulis Bersama
    • Font: Times New Roman
    • Saiz: 12 pt
    • Penjajaran: Tengah (Centre)
    • Gunakan nombor superskrip untuk menunjukkan institusi/afiliasi penulis
    • Gunakan asterisk superskrip ( * ) untuk menunjukkan penulis untuk dihubungi (corresponding author)
  1. Afiliasi
    • Font: Times New Roman
    • Saiz: 12 pt
    • Gaya: Italik
    • Penjajaran: Tengah (Centre)
    • Gunakan nombor superskrip yang sepadan untuk mengaitkan penulis dengan institusi masing-masing
  1. Kandungan Abstrak
    • Font: Times New Roman
    • Saiz: 12 pt
    • Penjajaran: Justify (Rata kiri dan kanan)
    • Had Perkataan: Maksimum 250 patah perkataan
    • Abstrak mesti padat dan berdiri sendiri, serta merangkumi komponen berikut:
      • Pengenalan ringkas
      • Kaedah yang digunakan
      • Keputusan utama
      • Perbincangan ringkas
      • Kesimpulan