Apakah skop tugas Unit Pengurusan Tenaga?

  1. Mengaudit, menganalisa, membuat laporan dan menyimpan rekod berkenaan jumlah penggunaam tenaga elektrik memenuhi kehendak EMEER 20118 (P.u(a)444).
  2. Membuat pelaporan kepada Suruhanjaya Tenaga sebagaimana keperluan undang-undang EMEER 2008 (penggunaan tenaga elektrik KWH enam bulan berturut-turut)
  3. Menasihati pengguna dalam membangunkan dan melaksanakan langkah bagi memastikan pengurusan tenaga dan utiliti dengan cekap(khidmat pakar).
  4. Memantau prestasi kontraktor bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan tenaga & utiliti supaya mengikut prosedur, peratutran-peraturan dan masa yang ditetapkan seperti pemasangan Digital power Meter(Sub-metering) & CT Metering dan lain-lain berkaitan.
  5. Memantau keberkesanan perlaksanaan langkah pengurusan tenaga & utiliti dengan cekap
  6. Membuat analisa penggunaan elektrik beserta mendapatkan baseline@ Bulding Energy Index(BEI) untuk Kampus Bangi serta setiap bangunan PTj terpilih untuk membandingkan dengan Index Piawai sedia ada berdasarkan keluasan ruang(m2) atau jumlah bilangan warga mengikut PTj.
  7. Menyemak bacaan parameter dari peralatan pengukuran tenaga & utiliti seperti logger, thermal imager, clamp meter dan lain-lain bagi menyediakan laporan analisa menggunakan perisisan berkaitan di lokasi/lapangan yang ditentukan oleh pihak Prasarana-UKM.
  8. Mengumpul, menganalisa membuat laporan dan menyimpan rekod penggunaan tenaga & utiliti bulanan(elektrik, air dan telefon) untuk Kampus Induk UKM Bangi dan cawangan luar serta bangunan-bangunan PTj.
  9. Membentang laporan berkala kepada Pengurusan Tertinggi UKM & Jawatankuasa Penjimatan UKM