Program Latihan Kontrak Pencucian Dan Pembersihan Bangunan yang dianjurkan oleh empat syarikat kontraktor bagi Kontrak Pencucian Dan Pembersihan Bangunan UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2025 di bilik seminar Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi.
Program ini dihadiri oleh kakitangan teknikal JPP dari Unit Awam, Landskap, Arkitek, Mekanikal dan JPP Kampus Kuala Lumpur serta turut dijemput bersama kakitangan teknikal dari Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
Penganjuran program latihan ini adalah bagi menambah pengetahuan dan kefahaman berkaitan teknik dan keperluan sebenar bagi kerja-kerja pembersihan bangunan yang berkualiti dan selamat selain bagi memenuhi keperluan dalam kontrak.
Setinggi terima kasih dan tahniah kepada syarikat Ai Kencana Sdn. Bhd., Technotegap Sdn. Bhd., Nusa Anugerah Enterprise dan Sharp Target Engineering Sdn. Bhd. di atas penganjuran ini serta penglibatan semua peserta program latihan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakannya.