Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Perkhidmatan Sistem Siaraya (Upacara) Dan Pendawaian Elektrik sementara?

Semua permohonan pinjaman sistem siaraya dan pendawaian elektrik sementara perlu diisi dalam masa 7 hari sebelum perkhidmatan diperlukan dengan menggunakan borang  tempahan peralatan majlis atas talian. Borang yang diisi lengkap dengan kelulusan pegawai/ketua perlu dicetak dan dihantar ke Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan untuk urusan kelulusan pinjaman.  JPP akan menghubungi pemohon dalam masa 3 hari bekerja untuk maklumbalas semula samada permohonan diluluskan atau tidak.