Frequently Asked Questions
-
Adakah Unit Mekanikal menerima pelajar untuk menjalani latihan industri?
Ya. Hantarkan surat permohonan latihan industri kepada Pengarah JPP.
-
Adakah Unit Mekanikal bertanggungjawab kepada masalah bekalan air bersih?
Unit Mekanikal hanya bertanggungjawab ke atas Sistem Pam dan bukan bekalan air.
-
Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui maklumat tentang tender / sebutharga yang dikeluarkan oleh Unit Mekanikal?
Pihak tuan boleh melayari laman web JPP ( http://www.ukm.my/jpp ) atau lihat di papan kenyataan Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan.
-
Berapa lamakah masa yang diambil untuk pihak Unit Mekanikal melaksanakan kerja-kerja pembaikan?
- Semua laporan kerosakan yang diterima akan diberi maklumbalas penerimaan dalam tempoh 3 hari melalui email atau surat maklumbalas.
- Laporan-laporan kerosakan yang diterima akan dikategorikan kepada 3 keadaan tindakan :
CEMAS (EMERGENCY) – KEROSAKAN KE ATAS PERHUBUNGAN ATAU PERKHIDMATAN PENTING (TERPUTUS ATAU TERGANGGU) YANG MENYULITKAN PENGGUNA ATAU YANG MENJEJASKAN PERKHIDMATAN ATAU KESELAMATAN PENGGUNA (MISALNYA GAS BOCOR, PAIP AIR BEKALAN PECAH ATAU BOCOR, BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS, PINTU KESELAMATAN ROSAK)
SEGERA (URGENT) – KEROSAKAN YANG MELIBATKAN KESELAMATAN PENGGUNA DAN HARTA BENDA SERTA BOLEH MENJEJASKAN PERKHIDMATAN DAN KESELESAAN KEPAGA KUMPULAN PENGGUNA (MISALNYA KUNCI ROSAK, PENYAMAN UDARA TIDAK BERFUNGSI, PAIP BUANGAN TERSUMBAT)
BIASA (NORMAL) – KEROSAKAN LAIN YANG TIDAK MENJEJASKAN PERKHIDMATAN ATAU MENYEBABKAB KETIDAKSELESAAN YANG MINIUM KEPADA PENGGUNA.
3. Tempoh tindakan pembaikan yang dilaksanakan adalah bergantung kepada kategori kerosakan yang dinyatakan dan kelulusan peruntukan.
CEMAS (EMERGENCY) – SERTA MERTA DAN TIDAK MELEBIHI 24 JAM
SEGERA (URGENT) – SEHARI HINGGA 3 HARI
BIASA (NORMAL) – MENGIKUT TEMPOH MASA YANG DIPERSETUJUI BERSAMA
-
Bagaimanakah prosedur untuk memohon sebarang kerja pengubahsuaian
PTJ perlu mengemukakan surat permohonan kepada JPP. JPP akan memberi maklumbalas dan membantu dari segi anggaran kos dan laporan semakan teknikal ke atas permohonan kerja ubahsuai tersebut. Seterusnya proses perolehan sebutharga yang bergantung kepada jumlah harga kos dan jenis peruntukan.
-
Apakah skop tugas Unit Pengurusan Tenaga?
- Mengaudit, menganalisa, membuat laporan dan menyimpan rekod berkenaan jumlah penggunaam tenaga elektrik memenuhi kehendak EMEER 20118 (P.u(a)444).
- Membuat pelaporan kepada Suruhanjaya Tenaga sebagaimana keperluan undang-undang EMEER 2008 (penggunaan tenaga elektrik KWH enam bulan berturut-turut)
- Menasihati pengguna dalam membangunkan dan melaksanakan langkah bagi memastikan pengurusan tenaga dan utiliti dengan cekap(khidmat pakar).
- Memantau prestasi kontraktor bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan tenaga & utiliti supaya mengikut prosedur, peratutran-peraturan dan masa yang ditetapkan seperti pemasangan Digital power Meter(Sub-metering) & CT Metering dan lain-lain berkaitan.
- Memantau keberkesanan perlaksanaan langkah pengurusan tenaga & utiliti dengan cekap
- Membuat analisa penggunaan elektrik beserta mendapatkan baseline@ Bulding Energy Index(BEI) untuk Kampus Bangi serta setiap bangunan PTj terpilih untuk membandingkan dengan Index Piawai sedia ada berdasarkan keluasan ruang(m2) atau jumlah bilangan warga mengikut PTj.
- Menyemak bacaan parameter dari peralatan pengukuran tenaga & utiliti seperti logger, thermal imager, clamp meter dan lain-lain bagi menyediakan laporan analisa menggunakan perisisan berkaitan di lokasi/lapangan yang ditentukan oleh pihak Prasarana-UKM.
- Mengumpul, menganalisa membuat laporan dan menyimpan rekod penggunaan tenaga & utiliti bulanan(elektrik, air dan telefon) untuk Kampus Induk UKM Bangi dan cawangan luar serta bangunan-bangunan PTj.
- Membentang laporan berkala kepada Pengurusan Tertinggi UKM & Jawatankuasa Penjimatan UKM
-
Apakah tarif elektrik TNB di UKM Kampus Bangi?
Tarif TNB – C2 Perdagangan
Waktu puncak (8.00 pagi – 10.00 malam) – RM 0.365/kWj
Waktu laur puncak ( 10.00 malam – 8.00 pagi ) – RM0.224/kWj
Kehendak Maksima Waktu Puncak – RM 45.10/kWj
-
Apakah maksud kecekapan tenaga?
Cara penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang dan menghasilkan keputusan/output yang lebih baik. Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.
-
Apakah tarif air SYABAS di UKM Kampus Bangi?
Tarif Syabas
12 – Bahagian Kerajaan
RM 1.61/Meter padu m3
-
Apakah maksud kecekapan tenaga?
Cara penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang dan menghasilkan keputusan/output yang lebih baik. Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.
-
Apakah maksud penjimatan tenaga?
Ia dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain. Tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalm semua sektor.
-
Apakah maksud pengurusan tenaga?
Merupakan pelaksanaan menyeluruh dalam mencari fakta, perancangan, peningkatan dan penilaian untuk mendapatkan keuntungan dengan pengurangan kos.
-
Adakah Unit Pengurusan Tenaga, Prasarana-UKM menyediakan khidmat nasihat kepakaran jika diperlukan?
Ya, pihak kami menyediakan khidmat nasihat kepakaran yang berkaitan dengan skop tugas kami. Anda boleh merujuk pegawai-pegawai yang berkaitan dalam direktori Unit Pengurusan Tenaga jika memerlukan khidmat nasihat kami.
-
Bagaimanakah proses permohonan untuk sebarang kerja pengubahsuaian?
PTJ perlu mengemukakan surat permohonan kepada JPP. Setelah diterima oleh JPP, proses penyediaan skop kerja akan dibuat beserta anggaran kos. Proses perolehan yang seterusnya bergantung kepada jumlah kos kerja iaitu samada secara pemanggilan sebutharga atau secara terus.
-
Adakah JPP bertanggungjawab dengan aduan kerosakan di kolej kediaman?
Tidak. Semua aduan kerosakan di kolej kediaman pelajar adalah diuruskan oleh pihak pengurusan kolej masing-masing. Oleh yang demikian, sebarang aduan kerosakan hendaklah dibuat terus kepada pihak pengurusan kolej masing-masing.
-
Apakah item pembaikan kerosakan di bawah tanggungjawab Unit Awam?
Item-item kerosakan di bawah tanggungjawab Unit Awam adalah melibatkan item dalam dan luar bangunan. Item dalam bangunan adalah segala struktur dan hiasan bangunan seperti bumbung, siling, tingkap, lantai, dinding, meja, kerusi, tandas, paip, pintu dan sebagainya kecuali kelengkapan elektrik dan mekanikal. Item luar adalah infrastruktur seperti jalan raya, longkang, sistem perpaipan dan bekalan air, papan tanda dan sebagainya. Unit Awam juga bertindak sebagai penyedia peralatan untuk majlis seperti khemah, kerusi dan meja. Maklumat terperinci untuk penyediaan peralatan oleh Unit Awam boleh dilihat dalam borang permohonan perlatan majlis dalam laman sesawang JPP.
-
Di mana tawaran Tender atau Sebutharga kerja JPP UKM dapat diketahui?
Tawaran Tender atau Sebutharga bagi kerja-kerja JPP UKM boleh diketahui melalui :
- laman sesawang JPP http://www.ukm.my/jpp/
- Facebook rasmi JPP https://www.facebook.com/JppUKM-OfficialPage-126148234151627/?ref=hl
- Papan Kenyataan di Pejabat JPP
-
Apakah tindakan Unit Awam setelah aduan diterima melalui SAK?
Setelah aduan melalui SAK diterima, wakil JPP (pasukan tukang) akan ke tapak untuk membuat penilaian/analisa kerosakan. Kerosakan minor akan dibuat in-house (oleh pasukan tukang) dan sekiranya kerosakan adalah di luar kemampuan pasukan tukang, maka kontraktor akan dilantik untuk melaksanakan kerja pembaikan kerosakan tersebut.
-
Bagaimana proses permohonan peralatan dan kemudahan majlis?
Permohonan perkhidmatan peralatan dan kemudahan untuk majlis perlu dimohon melalui borang yang boleh diisi secara atas talian di laman sesawang JPP atau melalui link ini Borang Permohonan Peralatan dan Kemudahan Majlis .
Borang yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar ke pejabat JPP atau melalui faks di talian 03-89214584.
Permohonan daripada Persatuan Pelajar perlu mendapatkan kelulusan daripada JPPel dan Pengurusan Fakulti UKM.
Pemohon perlu mendapatkan kelulusan dari ketua PTJ bertanggungjawab sebelum borang dihantar ke Pejabat JPP. Borang yang tidak mendapat kelulusan dari Ketua PTJ akan ditolak.
Permohonan hendaklah sampai dalam masa 7 hari sebelum tarikh majlis manakala pembatalan permohonan hendaklah dimaklumkan semula ke pejabat ini di talian 03-89214541/4827.
-
Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya terdapat kejadian paip pecah/rosak ?
Sebarang aduan paip pecah/rosak boleh dibuat menerusi panggilan telefon ke 03-89214541 atau memaklumkan juga melalui mana-mana pengurusan PTJ masing-masing terlebih dahulu.
-
Apakah no. telefon yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan bekalan elektrik?
- Bengkel Unit Elektrik : +603-89215376/ 5959 (waktu berkerja 8.00 pagi – 5.00ptg)
- Bahagian Keselamatan : +603-89214444 (selepas waktu pejabat dan cuti umum)
- Kolej-Kolej Kediaman : +601115247046 [Pusat Khidmat Siswa, HEPA (USEHA) ]
-
Bagaimanakah cara untuk pengguna membuat laporan kerosakan kecil elektrik?
Aduan boleh dibuat secara atas talian (online) di dalam Sistem Maklum Balas dan Aduan UKM (eFACT).
-
Bagaimanakah cara untuk memohon pemasangan telefon bagi talian baru, pindah talian, talian selari dan naiktaraf talian?
Semua permohonan talian baru, pindah talian, talian selari dan naiktaraf talian sediada mestilah menggunakan borang permohonan dari laman web Jabatan Pendaftar (Bahagian Pentadbiran Am).
Semua borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar untuk mendapat kelulusan. Sekiranya diluluskan, barulah pemasangan telefon akan dilaksanakan oleh bahagian telefon Unit Elektrik, JPP.
-
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Perkhidmatan Sistem Siaraya (Upacara) Dan Pendawaian Elektrik sementara?
Semua permohonan pinjaman sistem siaraya dan pendawaian elektrik sementara perlu diisi dalam masa 7 hari sebelum perkhidmatan diperlukan dengan menggunakan borang tempahan peralatan majlis atas talian. Borang yang diisi lengkap dengan kelulusan pegawai/ketua perlu dicetak dan dihantar ke Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan untuk urusan kelulusan pinjaman. JPP akan menghubungi pemohon dalam masa 3 hari bekerja untuk maklumbalas semula samada permohonan diluluskan atau tidak.
-
Adakah Unit Elektrik, JPP menyediakan khidmat nasihat kepakaran jika diperlukan?
Ya, pihak kami menyediakan khidmat nasihat kepakaran yang berkaitan dengan skop tugas kami. Anda boleh merujuk pegawai-pegawai yang berkaitan dalam direktori Unit Elektrik jika memerlukan khidmat nasihat dari kami.
-
Sekiranya saya ingin memberikan cadangan, penambahbaikan dan pendapat kepada pihak Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaran (JPP) UKM Kampus Kuala Lumpur, bagaimanakah caranya?
Cadangan, penambahbaikan dan pendapat boleh dikemukakan terus secara emel atau bersurat kepada Ketua Unit Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaran (JPP) UKM Kampus Kuala Lumpur.
-
Dimanakah Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaran (JPP) UKM Kampus Kuala Lumpur Mengiklankan Notis Sebutharga / Tender?
Notis Sebutharga / Tender di iklankan di :
- Papan Kenyataan Aras Bawah, Blok C Berhadapan Dengan Pintu Masuk Pejabat JPP UKM KKL.
- Papan Kenyataan Di JPP UKM Bangi
- Di Dalam Laman Web ukm.my/jpp
-
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan (JPP) Unit Kampus Kuala Lumpur?
Kami menyediakan perkhidmatan pembangunan, penyelenggaraan dan perundingan teknikal di dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Mekanikal yang meliputi kawasan keseluruhan Kampus Kuala Lumpur, Kolej Tun Syed Nasir Dan Pusat Latihan Khidmat Masyarakat Tanjung Karang Selangor.
-
Dimanakah lokasi Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan (JPP) Kampus Kuala Lumpur?
Pejabat kami terletak di UKM Kampus Kuala Lumpur, Blok C, Aras Bawah.
-
Apakah skop tugas Unit Elektrik?
Skop tugas Unit Elektrik untuk kerja-kerja penyelenggaraan, kerja naiktaraf, ubahsuai dan perkhidmatan adalah meliputi :
- Sistem Elektrik Voltan Tinggi (HT)
- Sistem Elektrik Voltan Rendah (LV)
- Sistem Telefon
- Sistem Audio Visual (projector, siaraya dan Papan Digital Elektronik)
- Sistem Kamera Keselamatan (CCTV)
- Pengurusan majlis (peralatan siaraya dan pendawaian elektrik sementara)
-
Bagaimanakah cara untuk menghubungi Jabatan Pembangunan Dan Penyelengaraan (JPP) Kampus Kuala Lumpur?
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan
Kampus Kuala Lumpur
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Hotline : 03 – 9289 7500
Fax : 03 – 2698 3543
-
Proses pembaikan penghawa dingin memakan masa yang agak lama, kenapa?
Proses pembaikan penghawa dingin mengambil masa yang agak lama kerana memenuhi prosedur perolehan yang telah ditetapkan. Jangkamasa proses perolehan sebelum kerja pembaikan dapat dilaksanakan adalah sekurang-kurangnya 7 hari.
-
Sekiranya berlaku kerosakan (kecemasan) elektrik, apakah nombor yang boleh dihubungi?
Boleh hubungi terus talian :
- Pejabat JPP UKM KKL Seksyen Elektrik : 03 – 9289 7399 / 7500 (7.30 Pagi Hingga 5.30 Petang)
- Penjaga Jentera Elektrik : 013-3085588 ( En. Sharani Bin Shahbudin )
-
Sistem Elektrik mengalami kerosakan kecil seperti lampu terbakar, soket kuasa dan suis tidak berfungsi, bagaimana cara nya untuk membuat aduan tersebut?
Aduan kerosakkan boleh dibuat melalui Sistem Maklumbalas Dan Aduan Ukm (E-Fact) atau terus menghubungi Hotline JPP UKM KKL Di 03 – 9289 7500.
-
Apakah cara atau proses pinjaman peralatan dan kemudahan majlis.
Pengguna boleh mendapatkan Borang Permohonan Peralatan Dan Kemudahan Majlis ( UKM-SPKP-JPP-PK09-BO01 ) di Laman Web JPP UKM seterusnya mengisi borang permohonan tersebut dan kemudian dikemukakan kepada pihak JPP UKM KKL dalam tempoh Tujuh (7) Hari Sebelum tarikh majlis.
-
Sample faq
contoh soalan testing
-
Bagaimana saya hendak menyemak status aduan kerosakan saya?
Semakan status aduan boleh dibuat melalui Sistem Maklumbalas Dan Aduan UKM (E-Fact).
-
Apakah tugas/peranan Unit Arkitek?
Unit yang merancang, merekabentuk dan mengurus pembinaan projek-projek UKM merangkumi projek Rancangan Malaysia Lima Tahun, naiktaraf, ubahsuai dan lain-lain. selain itu juga, unit arkitek berperanan dalam memberi khidmat nasihat kepada pengguna, perunding, dan agensi luar seperti JKR mengikut rekabentuk dan garis panduan pembangunan projek UKM.
-
Siapakah kakitangan Unit Arkitek yang boleh dihubungi untuk urusan projek naiktaraf dan projek pembangunan?
Boleh berhubung terus dengan kakitangan terlibat melalui nombor talian telefon di dalam ruangan direktori di laman web JPP atau secara bertulis melalui surat ke alamat JPP, UKM, Bangi.
-
Apakah perkhidmatan yang di berikan oleh Unit Landskap?
- Membekal pokok hiasan tetap dan upacara
- Perkhidmatan pencantasan pokok
- Perkhidmatan pembersihan pokok yang telah tumbang
- Penjagaan taman hiasan, kolam dan hutan
-
Mengapakah unit landskap tidak menyediakan hiasan tetap dari jenis pokok semusim (annuals)
- Penjagaan dan kos yang terlalu tinggi
- Tempoh jangka hayat yang terlalu singkat
-
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan pokok bunga hiasan untuk majlis.
- Pemohon perlu mengisi borang yang boleh didapati dalam laman web JPP www.ukm.my/jpp.
- Borang permohonan perlulah sampai selewat-lewatnya 7 hari sebelum majlis dijalankan
- Unit landskap akan menghantar permintaan dari pihak pemohon sehari sebelum majlis dijalankan
-
Mengapakah JPP tidak terus menebang pokok yang dianggap merbahaya kepada pengguna?
JPP perlu membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap pokok tersebut dan memberi laporan kepada pihak lestari untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran
-
Adakah pihak Unit Landskap menyedikan perkhidmatan sewa beli pokok?
Ya. Pihak Unit Landskap menyedikan perkhidmatan sewa beli pokok.
-
Kenapa dokumen Sebutharga/Tender saya ditolak?
Dokumen Tender/Sebutharga biasanya ditolak kerana tidak lengkap. Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah :
- Borang tidak diisi dengan lengkap
- Dokumen wajib tidak dilampirkan (Salinan sijil-sijil/kad CIDB/dll)
- Pendaftaran telah tamat tempoh
- Penyata kewangan tidak disertakan/bukan yang terkini/tidak lengkap (3 bulan)
-
Apakah dokumen yang perlu disertakan ketika penyerahan dokumen sebutharga atau tender?
- Dokumen Tender/Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap, ditandatangani dan cop syarikat.
- Profile Syarikat
- Salinan Kad CIDB.
- Salinan sijil-sijil pendaftaran dari CIDB/KKM.
- Maklumat pentender
- Senarai kakitangan/aset syarikat
- Katalog/Jadual data teknikal
- Penyata Bulanan Akaun Bank yang terkini (3 bulan).
-
Adakah jumlah harga kontrak yang ditawarkan termasuk dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)?
Jumlah Harga Kontrak adalah tidak termasuk GST, jumlah GST akan dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima (SST).
-
Adakah bayaran Interim dikenakan GST jika kontrak bermula sebelum perlaksanaan GST?
GST hanya dikenakan pada bayaran Interim yang dibuat pada/selepas 1 April 2015.
-
Berapa tempoh masa untuk mengetahui keputusan sebutharga atau tender selepas penyerahan dokumen?
Tempoh maksima bagi keputusan Tender/Sebutharga adalah 45 hari bermula dari tarikh tutup Tender/Sebutharga.
-
Apakah situasi yang membolehkan kontraktor layak untuk mendapat Lanjutan Masa (EOT)?
- Perkara luar jangka (Force Majoure)
- Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
- Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjiran
- Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
- Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
- Kelewatan artisan “Tradesman” yang dilantik oleh klien
- Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
-
Apakah perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh kontraktor sebelum memulakan perkhidmatan/kerja?
- Bon Perlaksanaan (5% – Kerja, 2.5% – Bekalan/Perkhidmatan)
- Polisi Insurans Tanggungan Awam @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
- Polisi Insurans Pampasan Pekerja @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
- Polisi Insurans kebakaran @ Nota Liputan berserta resit premium yang telah dibayar.
- Nombor pendaftaran PERKESO.
-
Bolehkah kontraktor utama membuat tawaran bagi kerja-kerja Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC)?
Kontraktor utama boleh membuat tawaran semasa proses tender/sebutharga bagi pelantikan Kerja Sub-Kontraktor Dinamakan (NSC) jika kontraktor utama mempunyai kepakaran/kemahiran yang dibenarkan bagi melaksanakan kerja tersebut (Klausa 30 (d)).
-
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Unit Mekanikal?
Unit Mekanikal boleh dihubungi di talian 03-89215050 atau 03-89213112 dan emel nahrowi@ukm.edu.my
-
Bagaimanakah prosedur untuk saya menukar atau menambah penghawa dingin di bilik saya??
Pihak tuan hendaklah boleh menghantar surat permohonan penghawa dingin melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing kepada :
IR.NAHROWI SULAIMAN
KETUA UNIT MEKANIKAL,
JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
-
Apa yang perlu saya lakukan apabila saya tersekat di dalam lif?
Tekan loceng keselamatan dan kemudian hubungi talian hotline yang tertera di dalam lif tersebut. bertenang dan tunggu sehingga bantuan tiba di lokasi.