JPP mengalu-alukan kehadiran YBhg. Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) dan YBrs. Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed, Timbalan Pengarah Eksekutif (Strategi Pembangunan Hartanah) ke JPP pada 21 Februari 2025.
YBhg. Pro- Naib Canselor telah hadir ke JPP bagi mempengerusikan Mesyuarat Permohonan Projek Pembinaan, Ubahsuai, Penyelenggaraan Dan Naiktaraf Bangunan bagi menyenarai pendek permohonan projek-projek yang telah dimohon oleh pihak PTj melalui pekeliling Prasarana UKM Bil.1/2025 bertarikh 3 Januari 2025 untuk dilaksanakan mengikut keutamaan.