CADANGAN UBAHSUAI DAN NAIK TARAF BILIK GERBANG MINDA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGU, SELANGOR
20 MEI 2025
Pada 20 Mei 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis penyerahan dan perasmian kerja siap bagi kerja-kerja Cadangan Ubahsuai Dan Naiktaraf Bilik Gerbang Minda, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor daripada pihak kontraktor dan pihak Jabatan Pembangunan Prasana-UKM kepada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan.
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ts. Herwan Sham Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi Jabatan Pembangunan Prasarana UKM dan telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pendidikan iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang, Dekan Fakulti Pendidikan.
Hadir bagi pihak Jabatan Pembangunan Prasana-UKM (JPP-UKM) ialah En. Mohd Zaki Ja’is, Ketua Unit Arkitek, En. Mohamad Shahril Hussain, Ketua unit Elektrik, Ts. Khairul Anuar Hamid beserta wakil-wakil daripada JPP-UKM, dan wakil daripada PTM, kakitangan dan pihak kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf ini.
Kerja-Kerja ini bermula pada 02 September 2024 dan telah siap sepenuhnya pada 09 April 2025. Kerja-kerja menaiktaraf ini telah melibatkan kos sebanyak RM 394,840.00. Syarikat yang berjaya dalam kerja-kerja menaiktaraf ini adalah syarikat MASAYU ENTERPRISE.
Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf semula ruang bilik mesyuarat yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 100 orang dalam satu masa. Rekabentuk dan fasiliti mengikut teknologi moden terkini dan dapat memberikan keselesaan kepada para pengguna serta dilengkapi sistem siaraya terkini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Jabatan Pembangunan Prasarana dan kontraktor utamanya di atas kejayaan bagi menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Fakulti Pendidikan atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja ubahsuai dan menaiktaraf ini.