TEMUBUAL SISTEM PENGURUSAN SISA ELKTRONIK (E-WASTE) BERSAMA PUSAT KAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN LOGISTIK, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Pada 8 Disember 2021 yang lepas, JPP telah menerima lawatan dan Sesi Temubual daripada Pusat Kajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah bagi penyelidikan Pengurusan Sisa Elektronik (E-Waste) di Jabatan Pembangunan Prasarana, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Tujuan sesi temubual tersebut adalah pihak penyelidik di UUM ingin membuat penyelidikan mengenai Pengurusan E-waste di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia, di bawah SKIM Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) yang dibiayai oleh Kemanterian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji sistem pengurusan sisa elektronik (E-waste) yang dikendalikan pada masa sekarang dan untuk mengetahui cabaran kritikal yang mengekang pengurusan sisa elektronik di universiti awam Malaysia. Bersama-sama ini disertakan gamabr sekitar temubual tersebut :