9 OKTOBER 2025

Tahniah diucapkan kepada Sr. Mohd Aizat Saiful Bahri, Sr. Muhammad Amartur Rahman Zainal Abidin dan Encik Che Hafify Che Hashim dari Unit Infostruktur dan Tenaga yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atas kejayaan merangkul tempat kedua dalam Anugerah Geospatial Kebangsaan (NGA) 2025) bagi Kategori Akademia.
 
Pengiktirafan ini diperoleh menerusi projek Sistem Pengurusan Geospatial Aset Bersepadu UKM (SEPADU GIS) yang telah dipertandingkan pada 7 dan 8 Oktober 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).