𝟎𝟔 - 𝟎𝟖 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐁𝐚𝐲𝐯𝐢𝐞𝐰 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐦

Delegasi UKM yang diwakili oleh Encik Zolkefli Mohamed, Pengarah JPP UKM merangkap Timbalan Pengerusi MPPUA bersama-sama Encik Mohd Fahmeey Hashim, Ketua JPP Zon KL (HCTM), Encik Mohd Zaini Mohd Zabidi, Ketua JPP HTABTAR (HPKK) dan turut disertai oleh Dr. Rosafizah Mohamed Idrus, Ketua Pentadbiran JPP. Tidak ketinggalan, Encik Mohamad Shahril Hussain, Ketua Unit Elektrik dan Encik Mohd Faizal Abd. Rahim, Ketua Unit Ukur Bahan, JPP UKM selaku Urusetia MPPUA Bengkel Pemantapan Prasarana Universiti Awam anjuran Majlis Pengarah Pembangunan Universiti Awam (MPPUA) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
 
Bengkel yang bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan pandangan setiap Universiti Awam yang terlibat dalam Strategi Pengurusan Projek dan Norma Penjawatan Awam yang melibatkan kesemua Jabatan Pembangunan Universiti Awam. Bengkel ini juga menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik semua Jabatan Pembangunan Universiti Awam ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berintegriti dan berkesan.
 
Zolkefli Mohamed
Pengarah JPP merangkap Timbalan Pengerusi MPPUA