CADANGAN NAIKTARAF BILIK MESYUARAT CANSELORI DI ARAS 6, BANGUNAN CANSELORI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.
28 JULAI 2026
Pada 28 Julai 2026 (Selasa), telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi Cadangan Naiktaraf Bilik Mesyuarat Canselori Di Aras 6, Bangunan Canselori ,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor daripada pihak kontraktor Syarikat Azman dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM kepada pihak Pejabat Naib Canselor.Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Encik Zolkefli Mohamed selaku Pengarah JPP UKM merangkap Pegawai Penguasa Utama Projek dan telah diserahkan oleh Pihak Syarikat Azman kepada Encik Firli Amin Hj. Ismail selaku Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor.
Hadir bersama ialah Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Mohd Zaki Ja’is selaku Penyelaras Projek, beserta wakil-wakil daripada JPP UKM, kakitangan Pejabat Naib Canselor dan wakil pihak Syarikat Budisoft (Kontraktor Audio Visual – Perolehan Berasingan) yang terlibat dalam kerja-kerja naiktaraf ini.
Kerja-kerja naiktaraf ini bermula pada 14 Januari 2026 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Julai 2026 (28 minggu). Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf dalaman Bilik Mesyuarat Canselori dan kawasan bahagian hadapan Bilik Mesyuarat Canselori dan Bilik Mesyuarat Lembaga di Aras 6, Bangunan Canselori.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan JPP UKM dan syarikat di atas kejayaan menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Naib Canselor atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja ini.