KERJA- KERJA MENAIKTARAF DAN PEMBASMIAN KULAT BAGI BANGUNAN MAKMAL TAMBAHAN DAN LOJI PANDU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
Pada 4 November 2025 (Selasa), telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi Kerja- Kerja Menaiktaraf Dan Pembasmian Kulat Bagi Bangunan Makmal Tambahan Dan Loji Pandu Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor daripada pihak kontraktor Alam Nova Enterprise dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM kepada pihak Fakulti Sains Dan Teknologi.
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ts. Herwan Sham Bin Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi JPP UKM merangkap Wakil Pegawai Penguasa Utama Projek dan telah diserahkan oleh Pihak Syarikat Alam Nova Enterprise kepada YBhg. Prof Chm. Dr. Ishak Bin Ahmad selaku Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi.
Hadir bagi pihak JPP UKM ialah Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi, Encik Muhammad Syahidi Bin Hasbullah selaku Penyelaras Projek, Ir. Mohamad Shahril Bin Hussain, Ketua Unit Elektrik beserta wakil-wakil daripada JPP UKM, kakitangan FST dan wakil pihak Alam Nova Enterprise yang terlibat dalam kerja-kerja naiktaraf ini.
Kerja-kerja Menaiktaraf Dan Pembasmian Kulat ini bermula pada 14 April 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2025(26 minggu). Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf sebahagian dari makmal-makmal di Bangunan Makmal Tambahan FST melibatkan aras 1 sehingga aras 3 bagi kegunaan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah FST.