14 NOVEMBER 2025

KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PENYAMAN UDARA SEDIAADA USANG KEPADA PENYAMAN UDARA BARU JENIS ‘DX AIR HANDLING UNIT’ SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI DEWAN GEMILANG, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada 14 November 2025 (Jumaat), telah berlangsungnya majlis penyerahan dan perasmian kerja siap bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Sedia Ada Usang Kepada Penyaman Udara Baru Jenis ‘DX Air Handling Unit’ Serta Kerja- Kerja Berkaitan Di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg Ts. Herwan Sham Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi Jabatan Pembangunan Prasarana UKM dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Sukan UKM Dr. Nur Shakila Mazalan.

Turut hadir Ts.Khairul Anuar Hamid selaku Penyelaras Projek juga Ketua Unit Mekanikal Jabatan Pembangunan Prasarana, kakitangan JPP, Pusat Sukan dan pihak kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf ini.

Kontrak kerja ini telah berjaya diperolehi oleh Syarikat Perkhidmatan Nyaman Niaga Sdn. Bhd dengan kos sebanyak RM 968,715.00 dimana ianya mula dilaksanakan pada 1 Januari 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 12 Ogos 2025.

Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf semula sistem penyaman udara di Dewan Gemilang UKM ini dengan menggunakatan teknologi yang terkini serta moden seiring dengan itu dapat memberikan keselesaan kepada semua warga UKM dalam melakukan pelbagai aktiviti di dalamnya samada diperingkat Universiti mahupun Nasional kelak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Jabatan Pembangunan Prasarana dan kontraktor utamanya di atas kejayaan bagi menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Sukan UKM di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf ini.