4 September 2025

Pada 4 September 2025 (Khamis), telah berlangsung Majlis penyerahan dan perasmian kerja siap bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem penyaman udara serta kerja-kerja yang berkaitan di Lobi Utama Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ts. Herwan Sham Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi Jabatan Pembangunan Prasarana UKM dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kebudayaan UKM iaitu En. Mohamed Asrof Semin. Turut hadir ketua-ketua unit Jabatan Pembangunan Prasarana, kakitangan dan pihak kontraktor yang
terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf ini.

Kerja-Kerja ini bermula pada 2 Januari 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 8 Ogos 2025. Kerja-kerja menaiktaraf ini telah melibatkan kos sebanyak RM 1,484,820.00. Syarikat yang berjaya dalam kerja-kerja menaiktaraf ini adalah syarikat PROMEERA MAINTENANCE SDN BHD.

Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf semula sistem penyaman udara di ruang Lobi utama dewan dan di ruang Anjung Seni agar dapat memberikan reka bentuk dan fasiliti mengikut teknologi moden terkini seiring dengan itu dapat memberikan keselesaan kepadasemua warga UKM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Jabatan Pembangunan Prasarana dan kontraktor utamanya di atas kejayaan bagi menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Kebudayaan UKM di atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf ini.