16 JULAI 2025

KERJA-KERJA UBAHSUAI RUANG KAUNTER BAGI MEWUJUDKAN BILIK Central Sterile Supply Unit (CSSU) DAN PENGAMBILAN DARAH, PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Pada 16 Julai 2025 (Rabu), telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi kerja-kerja Ubahsuai Ruang Kaunter Bagi Mewujudkan Bilik CSSU Dan Pengambilan Darah, Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor daripada pihak kontraktor AMZ Commercial Engineering dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM kepada pihak Pengurusan Pusat Kesihatan Universiti.

Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Encik Zolkefli Mohamed selaku Pengarah JPP UKM dan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Masdalina Azhari, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti.

Hadir bagi pihak JPP UKM ialah Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan PengarahΒ 

Penyelenggaraan & Operasi, Encik Mohamad Shahril Hussain, Ketua unit Elektrik beserta wakil-wakil daripada JPP UKM, staf dan pihak kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja ubahsuai ini.

Hadir bersama Dr. Hamiza Hamidon, Pegawai Pergigian serta Encik Mohd Mahyuddin Darus, Ketua Pentadbiran Pusat Kesihatan Universiti.

Kerja-kerja ubahsuai ruang ini bermula pada 21 April 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 20 Jun 2025. Kerja-kerja ubahsuai ini telah melibatkan kos sebanyak RM 80,000.00. Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah mengubahsuai semula ruang kerja sedia ada bagi mewujudkan ruang baharu iaitu bilik CSSU dan pengambilan darah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan JPP UKM dan kontraktor utamanya di atas kejayaan menyiapkan kerja-kerja ubahsuai ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Kesihatan Universiti atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja ubahsuai ini.

#jppukm
#UKM
#UniversitiWatanKita
#PusatKesihatanUniversiti