Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ir. Ts. Zulfadly Anuar, Menjalankan Tugas Pengarah JPP dan diteruskan dengan tayangan multimedia pesara-pesara JPP yang diraikan iaitu Yang Bersara Encik Abdul Rahim Sirat, staf Unit Landskap yang bersara wajib pada19 Januari 2025 dan Yang Bersara Encik Zabidi@ Zuhairi Aris, staf Unit Elektrik yang telah bersara wajib pada 14 Mac 2025 dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pesara-pesara.
Walaupun sambutan diadakan secara sederhana dan ringkas, suasananya tetap meriah dengan pelbagai hidangan selain juadah tradisional Aidilfitri dan beraneka kuih-muih hasil kerjasama oleh seluruh warga JPP yang bertungkus-lumus membuat persiapan majlis.
Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan-mantan Pengarah dan Timbalan Pengarah JPP, pesara-pesara JPP dan tidak lupa kehadiran juga kehadiran YBrs. TNC HEPI, Tuan Pendaftar dan juga Ahli Lembaga Pengarah MPU.