MAJLIS MERAIKAN PESARA JPP TAHUN 2025 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JPP TAHUN 2025

19 APRIL 2025

MAJLIS MERAIKAN PESARA JPP TAHUN 2025 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JPP TAHUN 2025
 
Majlis Meraikan Pesara JPP dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pembangunan Prasarana Tahun 2025 telah berlangsung secara sederhana tapi meriah di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) pada 17 April 2025.
 
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Ir. Ts. Zulfadly Anuar, Menjalankan Tugas Pengarah JPP dan diteruskan dengan tayangan multimedia pesara-pesara JPP yang diraikan iaitu Yang Bersara Encik Abdul Rahim Sirat, staf Unit Landskap yang bersara wajib pada19 Januari 2025 dan Yang Bersara Encik Zabidi@ Zuhairi Aris, staf Unit Elektrik yang telah bersara wajib pada 14 Mac 2025 dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pesara-pesara.
 
Walaupun sambutan diadakan secara sederhana dan ringkas, suasananya tetap meriah dengan pelbagai hidangan selain juadah tradisional Aidilfitri dan beraneka kuih-muih hasil kerjasama oleh seluruh warga JPP yang bertungkus-lumus membuat persiapan majlis.
Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan-mantan Pengarah dan Timbalan Pengarah JPP, pesara-pesara JPP dan tidak lupa kehadiran juga kehadiran YBrs. TNC HEPI, Tuan Pendaftar dan juga Ahli Lembaga Pengarah MPU.