Pada 30 Julai 2025 (Khamis), telah berlangsung Majlis Penyerahan Tapak bagi Cadangan Menaiktaraf Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Hep-Ukm), Aras 7, Bangunan Pusanika, Ukm Bangi daripada pihak kontraktor Tigress Tera Sdn Bhd dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ts. Herwan Sham Harun selaku Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi JPP dan Dr Munira Ismail selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan) HEP-UKM
Turut hadir dari pihak HEP-UKM adalah Encik Saidi Bin Ismail (Ketua Pentadbiran), Puan Siti Atiqah Moamat Mastam (Ketua Unit Kaunseling), Puan Nur Izzati Ad Rahman (Ketua Unit Korporat, Jaringan & Penerbitan) & Encik Muhamad Firdaus Ramnah (Penolong Jurutera)
Manakala dari pihak JPP pula dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap unit iaitu Unit Arkitek, Unit Elektrik, Unit Mekanikal, dan Unit Awam serta wakil dari ICT-UKM yang terlibat dalam kerja-kerja naiktaraf ini.
Kerja-kerja ubahsuai ruang ini bermula pada 1 Disember 2024 dan telah siap sepenuhnya pada 6 Jun 2025. Kerja-kerja ubahsuai ini telah melibatkan kos sebanyak RM 808,526.00 merangkumi kerja ubahsuai dan juga pembekalan perabot. Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah mengubahsuai semula ruang pejabat sedia kepada pejabat baru yang berkonsepkan moden dan korporat.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan JPP UKM dan pihak kontraktor di atas kejayaan menyiapkan kerja-kerja ubahsuai ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja ubahsuai ini.