Adalah dimaklumkan bahawa penutupan penuh Laluan Pintu Masuk Utama UKM akan dilaksanakan bermula pada 30 Julai 2025 bermula jam 10.00 malam sehingga 1 September 2025 jam 10.00 malam
 
Bahagian Keselamatan UKM akan mengaktifkan operasi dan membuka sepenuhnya Pintu masuk 2 (berdekatan Arena Sukan Azman Hashim), Pintu masuk 3 (berdekatan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina / Pusat Teknologi Maklumat) dan Pintu sisi Masjid UKM ke UKM. Oleh itu, semua warga UKM dan pengguna diminta untuk menggunakan Pintu Masuk seperti dinyatakan bagi pergerakan masuk dan keluar di UKM sepanjang tempoh penutupan ini. Warga UKM dan semua pengguna juga diminta untuk sentiasa berhati-hati dan patuh terhadap tanda-tanda keselamatan dan isyarat-isyarat lalu lintas yang disediakan.
 
Warga UKM yang menggunakan laluan keluar Pintu sisi Masjid UKM di ingatkan untuk tidak membuat pusingan U di hadapan MTDC. Segala kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama dari warga UKM didahului dangan ucapan ribuan terima kasih. Bersama ini dilampirkan pelan penutupan Laluan Pintu Masuk Utama UKM untuk makluman semua Warga UKM.
Sekian, terima kasih