31 OKTOBER 2025

Acara Perarakan dan Perhimpunan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1447H/2025M telah diadakan pada 21 Oktober 2025 (Selasa). Perarakan bermula di Dataran Panggung Seni dan berakhir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
 
Seramai 40 orang kakitangan mewakili kontinjen Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) telah menyertai perarakan ini yang diketuai oleh Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan Pengarah Penyelenggaraan dan Operasi (TPPO). Semoga penganjuran majlis ini dapat menyemai rasa cinta yang mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping mengeratkan lagi ukhwah dan silaturahim dalam kalangan warga UKM.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah turut serta memeriahkan sambutan ini.