22 OKTOBER 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ir. Mohamad Shahril Hussain (Jurutera J13 (FX), Ketua Unit Elektrik di atas penganugerahan Jurutera Professional membawa gelaran ‘Ir’ dalam bidang Elektrikal oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) berkuatkuasa 16 Oktober 2025.
 
Seluruh warga Jabatan Pembangunan Prasarana amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan beliau. Semoga penganugerahan ini memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada semua warga JPP untuk mempertingkatkan kompentesi dan produktiviti diri serta mutu kerja sekaligus menaikkan nama jabatan di UKM khasnya.