30 MAY 2025

𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
 
Pihak Pengurusan JPP ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada semua penerima 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐏𝐂) dan 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐭𝐚𝐟 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 (𝐀𝐒𝐂) JPP Tahun 2025. Dedikasi, tekad, dan ketekunan anda menjadi inspirasi seluruh Warga JPP untuk terus mengandakan usaha bagi mencapai kecemerlangan yang lebih baik dalam segala bidang pada masa akan datang. Semoga anugerah ini juga dapat menjadi penyuntik dan pembakar semangat seluruh Warga JPP untuk terus menabur bakti, menyumbang tenaga serta keringat demi kecemerlangan JPP dan UKM.