Jabatan Pendidikan Perubatan

CARIAN

Category: Berita

Pelantikan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan

PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

10 April 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Hafidzul Jasman telah dilantik untuk menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 10 April 2023 09 April 2026.

Tahniah Dr. Mohd Hafidzul Jasman di atas pelantikan ini.

Menjalankan Tugas Ketua Jabatan

MENJALANKAN TUGAS KETUA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

18 Mac 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Adalah dimaklumkan bahawa Dr. Mohd Hafidzul Jasman telah dilantik untuk Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM berkuatkuasa pada 18 Mac 2023.

Sekian, harap maklum.

Bengkel Pendidikan Perubatan

BENGKEL PENDIDIKAN PERUBATAN DALAM ERA GLOBALISASI DIGITAL MASA KINI

13 Mei 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perubatan UKM menjemput para pensyarah dan pelajar untuk menyertai BENGKEL PENDIDIKAN PERUBATAN DALAM ERA GLOBALISASI DIGITAL MASA KINI

Tarikh : 23/5/2022 (Isnin)
Masa : 8:30 PG-1:00 TGHR (ZOOM)
2.30 PTG-4.30 PTG (PRAKTIKAL)

Pautan untuk pendaftaran :
https://forms.gle/LRJnQWvcHrJ6EPnQ9

Lawatan wakil UPM ke JPP

LAWATAN WAKIL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KE JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

10 Mac 2022

Pada 10 Mac 2022 (Khamis) yang lalu, Jabatan Pendidikan Perubatan telah menerima kunjungan dari wakil Universiti Putra Malaysia. Tujuan kunjungan adalah untuk melihat proses kerja dan tugas di Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan serta lawatan ke fasiliti-fasiliti yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.

Bengkel Semakan Kurikulum

BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN PERUBATAN

15-16 Februari 2022

Telah dijalankan Bengkel Semakan Kurikulum Program Sarjana Pendidikan Perubatan pada 15-16 Februari 2022 yang lalu.

Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh: 15-16 Februari 2022 (Selasa-Rabu)
Masa: 08.00 pagi – 05.00 petang
Tempat: Bangi Resort Hotel


Tempahan Ruang JPP

TEMPAHAN RUANG JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

22 Februari 2022

Terdapat Enam (6) ruang yang sedia untuk ditempah dan digunakan tertakluk kepada kekosongan.

Senarai ruang:
1. Bilik Pengajian Kecil – Aras 5
2. Bilik Mesyuarat JPP – Aras 13
3. Bilik Seminar JPP – Aras 13
4. Ruang Aktiv UKM (Alpha) – Aras 13
5. Ruang Aktiv UKM (Beta) @Ruang Legar – Aras 4
6. Makmal Skil Klinikal – Aras 4

Pengambilan Program Pascasiswazah

UKMETS Webinar

WEBINAR: MEDICAL EMERGENCY TRANSPORT SERVICES

24 Mei 2021

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perubatan akan menganjurkan webinar mengikut ketetapan yang berikut:

Tajuk : MEDICAL EMERGENCY TRANSPORT SERVICES
Tema : BRIDGING THE GAP OF KNOWLEDGE AND IMPLEMENTATION IN MEDICAL EMERGENCY TRANSPORT
Tarikh : 24 Mei 2021
Masa : 08:00 AM

Muat turun fail PDF di sini

Perpindahan Pejabat JPP

PERPINDAHAN PEJABAT UTAMA JABATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

16 Februari 2021

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Utama Jabatan Pendidikan Perubatan telah berpindah ke ruang yang baru di Aras 13 (Pejabat Lama Zon Kewangan Cheras).

Paid Tutor Makmal Simulasi Asas

PERKHIDMATAN 'PAID TUTOR' DI MAKMAL SIMULASI ASAS

01 Januari 2021

Adalah dimaklumkan Jabatan Pendidikan Perubatan telah menyediakan perkhidmatan “Paid Tutor Program” di Makmal Simulasi Asas. Tujuan perkhidmatan ini dijalankan adalah untuk memberi peluang dan bantuan kepada para pelajar perubatan untuk mempelajari prosedur-prosedur yang disediakan di Makmal Simulasi Asas dengan lebih baik lagi. Pengambilan pengajar “Paid Tutor Program” ini adalah dibuka kepada lepasan graduan Ijazah Doktor Perubatan UKM dengan bilangan yang terhad.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Makmal Simulasi Asas di talian 03-9145 8768/8773.