Jabatan Pendidikan Perubatan

Department of Medical Education

SISTEM WEB PBL

Sistem Penilaian PBL Online merupakan sistem aplikasi sokongan untuk penilaian kurikulum Problem Based Learning (PBL), Fakulti Perubatan. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2006 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perubatan, Jabatan Akademik UKM Kampus KL dan Pusat Teknologi Maklumat, UKM Kampus KL. Sistem ini telah mula digunakan pada sesi kemasukan pelajar Sem 1 tahun 2008-2009. Sistem ini pernah memenagi Anugerah Inovasi ICT (Kategori Berkumpulan) dalam Majlis Anugerah Inovasi Tahun ke-5 Tahun 2010.

Objektif

  1. Memperkenalkan Sistem Penilaian PBL Online dalam perlaksanaan kurikulum Fakulti Perubatan
  2. Menggantikan kaedah penilaian secara manual kepada sistem penilaian berasaskan web online yang lebih bersistematik, kos efektif dan berkesan.
  3. Memudahkan proses penyimpanan, pengemaskinian dan pencarian data penilaian. Ini sekaligus dapat membantu proses penambahbaikan terhadap kurikulum Fakulti Perubatan keseluruhannya.
  4. Memastikan keselamatan setiap data penilaian bebas daripada pencerobohan, gangguan dan kecurian.
  5. Membantu pelajar perubatan, pensyarah dan kakitangan jabatan meningkat kualiti dalam perkhidmatan, pengajaran dan penyelidikan sesuai dengan perkembangan PPUKM sebagai sebuah hospital tenaga pengajar termaju.

Matlamat

Matlamat sistem ini ialah mengoptimumkan penggunaan sistem untuk penilaian kemahiran fasilitator (pensyarah) dalam menerangkan setiap modul dan topik PBL kepada pelajar dan selepas itu melalui proses penilaian soal selidik di akhir di setiap kes PBL.

Sistem ini telah menggantikan kaedah penilaian secara manual berasaskan kertas iaitu borang penilaian Student Evaluation Form, Self Evaluation Form dan Facilitator Evaluation Form. Untuk makluman, sistem ini akan digunakan oleh beberapa orang pengguna iaitu pentadbir sistem (JPP), ketua jabatan, ketua modul, fasilitator dan pelajar perubatan (Tahun 1 dan 2). Setiap pengguna mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk membolehkan sistem ini berjalan lancar dan sistematik.