Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM mempunyai matlamat untuk memperlengkapkan pelajar perubatan dan sains kesihatan dengan kemahiran klinikal yang kompeten, kemahiran berkomunikasi dan juga bersifat profesional.
Sesi yang dianjurkan oleh Program Pesakit Piawai memberikan pengalaman pembelajaran dengan menggunakan pesakit piawai. Komitmen dan dedikasi sebagai seorang pesakit piawai adalah amat dihargai dan akan dipastikan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam suasana kerja yang sihat dalam unit ini.
Ini merupakan pekerjaan sambilan dan masa bekerja adalah fleksibel. Anda akan dibayar minimum RM30.00 (sejam) dan masa minimum lakonan/latihan adalah selama 4 jam sehari.
Anda dikehendaki menguruskan pelepasan kerja daripada pihak majikan anda kerana kami tidak akan memberi surat pelepasan kerja bagi peserta yang terlibat.