Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Wacana Global Malaysian Studies Network (GMSN) – Salahuddin Ayub: Budak Suci di Lembah Siasah

December 29, 2025 @ 10:30 am - 12:30 pm

WACANA GLOBAL MALAYSIAN STUDIES NETWORK (GMSN)
SALAHUDDIN AYUB: BUDAK SUCI DI LEMBAH SIASAH

29 Disember 2025 (Isnin)
10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Bilik Keris Perdana, Aras 3, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM Bangi

Abstrak

Wacana ini membincangkan mengenai kehidupan dan pemikiran mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub. Wacana ini lebih bermakna apabila sebuah biografi mengenainya telahpun diterbitkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (2025) baru-baru ini. Justeru, wacana ini bertuah dapat menampilkan pengarang biografi tersebut iaitu Dr. Muhaimin Sulam. Bagi merancakkan perbincangan ini, ketokohan Salahuddin Ayub turut diulas oleh seorang ahli politik yang rapat dengan beliau (YB Senator Mohd Hasbie Muda) dan juga sarjana ilmu politik sesuai dengan bidang Salahuddin Ayub (Prof Madya Datuk Dr. Haji Marzuki Muhamad).

Profil Penceramah

Dr. Muhaimin Sulam (Pengarang Buku, Penyelidik Bebas) lahir di Perak, ahli akademik, ahli politik dan penulis. Bekas pensyarah UTP dan memperoleh PhD dalam bidang kepimpinan politik dari UK. Antara buku karangannya ialah Ustaz Sulam: Sebuah Portret Ulama Kampung (2023) Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti (2019) Mat Indera: Antara Ideologi dan Identiti (2023).

YB Senator Mohd Hasbie Muda (Senator Dewan Negara) adalah ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara. Di peringkat parti beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda AMANAH dan Pengerusi AMANAH Terengganu. Beliau juga pengarang beberapa buah buku termasuk Mahasiswa Bangkit.

Prof. Madya Datuk Dr. Haji Marzuki Mohamad (Universiti Islam Antarabangsa) dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1974. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998), Sarjana Sastera dalam bidang sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2001) dan Doktor Falsafah dalam bidang sains politik dari Australian National University (2008). Minat mengkaji tentang politik pilihanraya, politik hubungan kaum, politik Asia Tenggara, Islam dan undang-undan g. Kini berkhidmat sebagai Professor Madya di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Atur Cara:

Tarikh: 29 Disember 2025 (Isnin)
Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Keris Perdana, Aras 3, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM Bangi
Platform: Zoom (pautan di bawah)

10.00 pagi: Pendaftaran

10.30 pagi: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

10.35 pagi: Perkongsian Dr. Muhaimin Sulam, pengarang buku & penyelidik bebas

11.00 pagi: Perkongsian YB Senator Mohd Hasbie Muda, Senator Dewan Negara

11.20 pagi: Perkongsian Prof. Madya Datuk Dr. Haji Marzuki Mohamad

11.40 pagi: Sesi perbincangan terbuka

12.30 tgh: Penutup

Penafian: Pandangan-pandangan yang terkandung dalam pembentangan berkenaan adalah pandangan setiap penceramah yang terlibat dan tidak mewakili pandangan para penganjur.

Join via Zoom

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [442.89 KB]

Details

Venue

  • Bilik Mesyuarat Keris Perdana
  • Aras 3, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Bangi, Selangor 43600 Malaysia

Organisers

  • Institute of Ethnic Studies (KITA)
  • Global Malaysian Studies Network (GMSN)