Audit Dalaman Bersepadu SPK PPP UKM 2026 di KITA, 4 Februari 2026

Untuk kitaran Audit Dalaman Bersepadu SPK PPP UKM 2026 yang berlangsung dari 19 Januari hingga 13 Februari 2026, KITA telah terpilih untuk menjalani Audit ISO yang berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015. Sehubungan itu pada 4 Februari 2026 (Rabu), KITA telah menerima kunjungan pasukan juruaudit dalaman yang terdiri daripada Nur Sa’adah binti Muhamad (FEP) dan Pn Syafura Abd Halim (PENGAJARAN-UKM). Audit dalaman pada sesi ini meliputi pelaksanaan audit ke atas skop (1) data operasi (prosedur pengurusan seperti aduan pelanggan, daftar risiko, objektif kualiti) dari Januari hingga Disember 2025, dan (2) data pengajian dari Semester 2 Sesi 2024/2025 hingga Semester 1 Sesi 2025/2026 (Mac 2025 – Ogos 2025; September 2025 – Mac 2026). Proses audit dalaman di KITA telah selesai dengan jayanya dengan penemuan 4 OFI dan 0 NCR.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 and SDG16.
Album foto: klik di sini

