Bengkel Permohonan Program Akademik Baharu Bersama PENGAJARAN-UKM, 11 Julai 2025

Pada 11 Julai 2025 (Jumaat), KITA telah menganjurkan Bengkel Permohonan Akademik Baharu Bersama PENGAJARAN-UKM bagi program Sarjana Pentadbiran Awam dan Hubungan Antarabangsa di Bilik Mesyuarat Keris Perdana di Aras 3 Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas, dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan bimbingan serta pencerahan berhubung pengisian borang, penyediaan dokumentasi dan prosedur untuk permohonan program tersebut. Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr. Shazlin Amir Hamzah dan dibimbing oleh wakil PENGAJARAN-UKM iaitu Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum) Prof. Madya Dr. Ezarina Zakaria dan Penolong Pendaftar Kanan Pn. Syafura Abdul Halim. Bengkel ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Penyelaras Program Siswazah KITA Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah, semua felo dan pegawai pentadbir yang terlibat dalam program tersebut.
Album foto: klik di sini.
Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, dan SDG16.

